Radio Internet FuhYooFm

Isnin, Jun 23, 2008

MASUK HOSPITAL

Ibu jari dan jari telunjuk yang rasa kebas serta lengan kanan berasa lenguh membuatkan saya ke Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru pada hari Khamis lalu. Saya diarah ke wad kecemasan dan dalam pemeriksaan doktor, saya telah diarah masuk wad kerana disyaki mendapat 'minor stroke'.

Tekanan darah agak tinggi (108). Saya sendiri terkejut. Mungkin pada malam itu celik sepanjang malam di hadapan komputer sambil menonton perlawanan bolasepak euro80.

Saya memang tidak memberitahu sesiapapun kerana pada biasanya ramai rakan-rakan akan datang melawat sedang penyakit ini pun tidaklah seteruk manapun. Begitupun pada petang itu terpaksa memberitahu Hj Razak Mohamad, Pengerusi Badan Kebajikan Sekolah Agama BBU kerana tidak dapat menghadiri mesyuarat jawatankuasa yang sedang berlangsung. Malam itu berdering-dering telefon bertanyakan kesihatanku.

Saya ditempatkan di Blok Dahlia bersama mereka yang menerima rawatan yang kebanyakannya kencing manis dan darah tinggi.

Alhamdullillah, setelah dibuat x-ray jantung, perut dan kepala, didapati semuanya tidak bermasalah dan doktor mengsyaki masalah urat. Saya telah dirujuk kepada doktor tulang (Dr. Azmi). Dari pemeriksaannya, beliau mencadangkan supaya saya membuat pemeriksaan lanjut pada masa yang akan ditentukan.

Saya dibenarkan pulang ke rumah dan di dalam perjalanan balik mendapat panggilan telefon dari pejabat UMNO Bahagian yang mengkehendaki saya ke Kuala Lumpur pada hari esoknya.

Mudah-mudahan kegagalanku menunnaikan solat Jumaat pada hari itu akan mendapat pengampunan dari Allah swt.

Tiada ulasan: