Radio Internet FuhYooFm

Isnin, Jun 23, 2008

BERDIALOG DENGAN PERDANA MENTERI






Hari Ahad 22 Jun 2008 merupakan sejarah kerana saya diberi peluang berucap di Putra World Trade Centre (PWTC) di hadapan YAB Perdana Menteri dan Ketua-ketua UMNO Cawangan seluruh negeri Johor.

Mewakili rombongan Ketua Cawangan dari Bahagian Johor Bahru, saya telah mengemukakan beberpa persoalan yang perlu diberi jawapan dan cadangan untuk perlakasanan kerajaan sekiranya ia releven.

Soalan Pertama: Saya mengatakan bahawa krisis kepimpinan dan keyakinan mempunyai hubungkait dengan suara-suara yang diluahkan oleh bekas Perdana Menteri (Tun M) sejak dari awal lagi. Kami ingin mengetahui apakah puncanya dan mengapa perjumpaan pertama yang telah diadakan antara kedua pemimpin ini tidak menunjuk kesan positif malahan asakan dari Tun M lebih hebat?. Jawapan YAB PM ialah beliau telah memberi penjelasan kepada semua perkara yang dibangkitkan tetapi apa yang beliau boleh lakukan sekiranya Tun M masih tidak berpuas hati dan berterusan menyerangnya.

Soalan Kedua: Dalam Pilihanraya Ke 12 (PR12), jelas kemorosotan sokongan Barisan Nasional diantaranya adalah berpunca dari pengundi bukan Melayu. Banyak faktor mengapa mereka menolak BN seperti mereka tidak puas hati dengan kakitangan kerajaan yang dimonopoli oleh orang-orang Melayu dan cara mereka bekerja yang tidak effisyen dan menerima rasuah. Jawapan YAB PM ialah beliau sedar mengenai perkara ini dan sememangnya Kerajaan banyak bergantung kepada keberkesanan kerja mereka. Beliau akan terus memberi tumpuan dalam hal ini dan berharap Parti tidak terus bergantungan kepada mereka. Tumpuan Parti pada masa akan datang adalah memberi pemerhatian dan kerjasama dengan badan-badan bukan kerajaan (NGO).

Soalan Ketiga: Pengundi Cina ramai terpengaruh dengan berita meluas dari akhbar-akhbar berbahasa Cina yang tidak memehak kepada Kerajaan. Jawapan YAB PM ialah beliau akan mengarahkan media kerajaan memberi penjelasan kepada rakyat mengenai perkara yang disalahtafsir dan kenyataan negetif dari media berkenaan.

Soalan Keempat: Pengundi muda Melayu terutama dari kawasan bandar juga kurang memberi sokongan kepada BN dalam PR12 terutama mereka yang menggunakan blog dan laman web mengganti media cetak dan elektronik yang dikatakan banyak memehak kepada kerajaan. Mengapa sehingga kini UMNO tidak mengambil tindakan proaktif untuk menangani masalah tersebut. Jawapan YAB PM ialah beliau akan mengarahkan supaya semua Bahagian UMNO menyediakan laman web dan blog untuk menarik minat mereka dan memberi penjelasan yang betul.

Berikutan dengan kenaikan harga minyak dan dikatakan menyebab bebanan kepada pengguna, maka saya telah memberi beberapa syur dan cadangan agar ia dapat dipertimbangan serta dilaksanakan oleh kerajaan.

Cadangan Pertama: Mencadangkan effisienkan pengangkutan awam terutama di bandaraya Johor Bahru seperti memperbanyakkan bas mini dan memberi perkhidmatan di kawasan taman perumahan.

Cadangan Kedua: Menstrukturkan semula kadar tol lebuhraya dengan mengurangkan bayaran tol kepada pengguna kenderaan berkuasa kuda (c.c.) kecil atau lebih rendah seperti 1,000 c.c. ke bawah.

Cadangan Ketiga: Menyediakan stesyen minyak khusus kepada kenderaan dari luar negara terutama di selatan dan utara semenanjung dengan harga petrol yang tidak sama dengan harga untuk warganegara sekiranya ia bersabsidi.

Mengakhiri ucapan, saya telah meminta YAB Perdana Menteri dan seluruh warga UMNO supaya melihat semula segala tindakan dan perlakuan oleh bekas Timbalan Perdana Menteri, Dato' Seri Anuar Ibrahim sejak dari dahulu hingga sekarang. Saya menjelaskan bahawa Pemuda UMNO Johor telah tidak percaya kepada pimpinannya sejak mula ia memegang jawatan UMNO. Saya membuktikan bahawa saya sebagai Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Pulai pernah mencadangkan Syed Hamid Albar untuk menentang beliau sebagai ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia dan telah diberi sokongan oleh Bahagian-bahagian di Negeri Johor dan beberapa negeri yang lain. Terbukti bahawa tindakan kita pada masa tersebut adalah betul.

Soalan-soalan, cadangan, hujah dan kenyataan yang diutarakan nampaknya dapat diterima oleh audien yang hadir berdasarkan dari tepukan dan ucapan tahniah selepas saya mengakhiri ucapan.

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Askum

Tuan Hj, Terima Kasih hadir ke taklimat forum dan dialog bersama PM. Saya sedang sibuk kerja, lagi pun saya berada dibilik belakang dewan tak sempat nak berjumpa Tuan Hj, cuma saya sempat berjumpa dengan YB Adam. Saya harap dialog yang dianjurkan oleh penerangan dan jasa boleh kita memantau segala tomahan pembangkang dan juga beri informasi kepada umno akar umbi dan juga rakyat.

Boleh layari laman notashabery.com laman web YB Datuk Ahmad Shabery Cheek. Saya harap Tuan Hj dapat sebarkan laman web notashabery.com.

Yang Benar
Webmaster notashabery.com
Faizal