Ahad, Jun 08, 2008
MBJB TIDAK LULUSKAN POSTER ALONG
Satu berita yang sangat melegakan baru kuterima dari Haji Mohd Said Ibrahim tentang permohonan poster "ALONG" tidak akan diluluskan oleh Majlis Bandaraya Johor Bahru.
Aku ingin mengucapkan syabas dan tahniah kepada Ahli Majlis MBJB Zon BBU yang bersungguh-sungguh membawa dan menengahkan isu ini. Perkara ini telah beberapa kali dibincangkan di dalam perjumpaan dan mesyuarat Zon bahkan telah diajukan terus kepada Encik Abd Ghazali bin Karim, Pengarah Pelesenan dan Penjaja. Jawapan yang diberi sebelum ini adalah sangat mudah "mengapa tidak diluluskan permohonan mereka yang mempunyai lesen pemberi pinjaman wang yang dikeluarkan oleh kerajaan?".
Aku tak faham mengapa masih ada pegawai kerajaan dan juga Ahli-ahli Majlis yang masih berfikiran seperti ini?
Aku pernah menyanggah, mengapa mesti diluluskan kalau mereka hanya mengiklankan nombor talipon sahaja?. Adakah benar faedah dikenakan yang menunjukkan 1 hingga 3 peratus tanpa menunjukkan hari, minggu, bulan atau tahun? Mengapa satu permohonan dibuat tetapi ada beratus-ratus sepanduk yang dipasang tanpa kelulusan? Ada ribuan lagi pelekat dimana sahaja tempat strategik tanpa memperdulikan kekotoran dan vendalism? Bagaimana pula dengan kad nama dan pelbagai risalah yang ditaburkan merata tempat yang semuanya merujuk kepada pinjaman wang?. Tidakkah mereka mengetahui kesan buruk dari kes peminjam yang tidak dapat melunaskan pinjaman?.
Lihat gambar, bagaimana Wau Hau Enterprise menggunakan 2 nombor talipon bimbit dalam 2 banner yang berasingan!.
Kini, jangan ada yang cuba untuk melekatkan atau memasang poster atau sepanduk di Bandar Baru Uda, pasti akan dimusnahkan oleh penduduk sendiri yang telah mempunyai rasa tanggungjawab dan tidak akan berkompromi dengan mereka.
Sekalung tahniah kepada Datuk Bandar dan Ahli-ahli Majlis yang berani bertindak.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
2 ulasan:
POSTER ALONG MESTI DITUMBANGKAN. MEREKA ADALAH SAMPAH MASYARAKAT. SURATKHBAR PUN ADA. KERAJAAN MESTI MENHENTIKAN LESEN MEREKA AGAR TIDAK BENAR MEREKA BERNIAGA MACAM INI. ALONG BUKAN SAHAJA AKAN MEMAKSA,MERUGUT, MEMERAS ORANG YANG TIDAK BERSALAH. MARI KITA SAMPAIKAN SUARA KITA KEPADA KERAJAAN KITA, POLIS NEGARA KITA.!!!
Kebanyakkan orang tidak memahami istilah 'Along'. Sebenarnya, Along adalah pemberi pinjaman yang tidak berlesen. Manakala, pemberi pinjaman yang berlesen adalah sah disisi undang-undang dan mesti mematuhi peraturan yang ditetapkan oleh Bank Negara. Mereka yang berlesen adalah sama seperti dengan institusi perbankan seperti Maybank, RHB ataupun CIMB. Mereka yang tidak dapat melangsaikan hutang bank akan menerima surat tuntutan dari pihak guaman ataupun aset akan dilelongkan. Pemberi pinjaman berlesen tidak patut memaksa atau memeras ugut. Mereka patut dihadapkan ke mahkamah. Pemberi pinjaman yang berlesen tidak dipanggil Along.
Catat Ulasan