Radio Internet FuhYooFm

Khamis, Jun 12, 2008

PENGANUGERAHAN ANUGERAH KHAS MASJID NEGERI JOHOR DARUL TAKZIM KEPADA MASJID JAMEK BANDAR BARU UDA, JOHOR BAHRU




































Penduduk Bandar Baru Uda pastinya merasa bangga apabila Masjid Jamek Bandar Baru Uda menerima pengiktirafan tertinggi sempena sambutan Maal Hijrah 1429H. Penganugerahan Anugerah Khas Masjid peringkat negeri Johor Darul Takzim yang disampaikan oleh YAB Dato’ Haji Abdul Ghani bin Othman semasa Majlis Pelancaran Maal Hijrah 1429H di Dewan Pusat Islam Iskandar pada 1 Muharam 1429H yang lalu membuktikan segala usaha dan perancangan yang dilaksanakan dari peringkat pembinaan sehingga ke Jawatankuasa Tadbir telah berjaya memperkasakan institusi ini.

Beberapa keistemewaan yang ada di masjid ini adalah sebagaimana berikut:-

1. Memiliki Yayasan Masjid Jamek Bandar Baru Uda yang berperanan sebagai badan yang mencari dan mengurus dana masjid bagi melaksanakan aktiviti dan pengimarahan.

2. Bersikap proaktif dalam mengadakan berbagai majlis ilmu seperti kuliah maghrib, subuh, kelas tahfiz, muqadam, alquran, kelas bahasa Arab, kelas seni khat, ceramah, tadarus, tajwid fasahah, taranum dan berzanzi.

3. Sepanjang bulan Ramadhan mengadakan bazar yang disertai oleh seramai 150 orang peserta, mengagih-agihkan bubur lambuk secara percuma, berbuka puasa dan sahur.

4. Mengadakan dana masjid secara sistematik dan berkesan melalui Dana KAMI (Kebajikan Masyarakat Islam) yang diberi kepada mereka yang memerlukan terdiri dari kariah tempat lain.

5. Menubuhkan Pusat Hemodialisis dan Kesihatan yang memberi perkhidmatan kepada pesakit kepada pesakit buah pinggang.

6. Mewujudkan Pusat Perkembangan Seni Khat dan Tulisan Jawi bertujuan memartabatkan tulisan jawi dan seni khat.

7. Mewujudkan program kitar semula dengan hasilnya disumbangkan kepada dana masjid.

8. Menyediakan program belia dan remaja seperti kem motivasi, ceramah kerjaya, kursus perkahwinan, kejohanan sukan dan kelas tuisyen.

9. Memiliki 11 kakitangan dengan gaji dan elaun dibayar sepenuhnya oleh masjid.

10. Mewujudkan Direktori Kariah.

11. Mempunyai harta seperti bangunan yang digunakan untuk kakitangan dan sewaan.

12. Mempunyai sebuah Dewan Serbaguna yang digunakan untuk pelbagai kegiatan seperti majlis keramaian, perkahwinan, sukan dan sebagainya.

13. Mempunyai pasukan katering yang digunakan dalam pelbagai majlis terutama perkahwinan dan berupaya mendapatkan sumber kewangan.

14. Sentiasa proaktif mencari ide baru untuk memajukan masjid dengan mengadakan lawatan ke berbagai tempat samada dalam ataupun luar negeri.

Tiada ulasan: