Persatuan Bekas Kakitangan Felda (PBKF) telah mengadakan sambutan Aidilfitri Peringkat Kawasan Johor Selatan pada hari Ahad 19 Oktober 2008 bertempat di perkarangan kediaman Tuan Haji Mamat Sakak, Kg Air Manis, Kulai. Majlis yang bermula pada jam 9.30 pagi telah dihadiri sama oleh Yang Dipertua PBKF, Tuan Haji Jayus Pawiro dan isteri.
Sebagai Penyelaras Kawasan Johor Selatan yang baru terlantik pada tahun ini, saya berusaha sedaya yang mungkin untuk mencapai sasaran terbaik iaitu dengan kehadiran dan penyertaan dari ahli dan keluarga seramai yang mungkin.
Usaha yang dijalankan bersama rakan-rakan yang tidak mengenal penat lelah Kak Timah dan suami, Zainab serta keluarga Haji Mamat telah melepasi dari kepuasan yang kami harapkan.
Manakan tidak, sebanyak 250 buah kerusi yang disediakan tidak mencukupi yang bermakna sekurang-kurangnya 100 ahli telah hadir. Kehadiran ini adalah menguji sejauh mana kepercayaan ahli-ahli kepada kepimpinan baru.
Apa yang lebih menarik dalam perjumpaan ini adalah kehadiran beberapa orang ahli yang sangat uzur dan sepatutnya mereka harus berehat sahaja di rumah. Tuan Haji Fuad yang menderita penyakit Parkinson datang dengan dipimpin oleh isteri kesayangannya Hajah Masitah. Beliau memeluk dan mendakapku begitu erat seolah-olah mengharap sesuatu yang mungkin sebagai cabaran bagiku. Rahim Buyung yang pernah bersama sebumbung di pejabat Felda Ulu Tebrau juga hadir dari keluang. Beliau menerima rawatan dialisis kerana kerana kegagalan fungsi buah pinggang. Semangatnya begitu kuat malah sanggup memakai baju kebangsaan Melayu dan bersama-sama bermarhaban.
Kami menjangkakan kehadiran melebihi dari 1/3 dari ahli Johor Selatan dan ini mungkin tidak pernah berlaku sebelumnya. Kehadiran mereka mungkin untuk bertemu rakan dan sahabat handai yang begitu lama tidak berjumpa. Suasana ceria dan riang memang terpapar di wajah mereka.
Jamuan yang disediakan mungkin tidak seenak yang mereka jangka tetapi itu tidak mencacarkan majlis. Apa yang lebih penting adalah majlis telah dapat berjalan dengan teratur dan kemas dengan dimulai bacaan doa selamat oleh Tuan Haji Nawe Kamar, seorang ahli PBKS yang sekarang ini menjadi imam di Masjid Jamek Taman Kobena, Johor Bahru. Selain dari ucapan dari Yang Dipertua PBKF dan marhaban oleh ahli-ahli yang hadir, majlis telah diserikan dengan sajian pengisian iman oleh ceramah agama Ustaz Mohamad Faizal Chik Al-Hafiz, Imam Masjid Jamek Taman Desa Jaya, Johor Bahru.
Program ini dilihat sebagai satu tradisi kesamaan dan kerukunan yang menjadi cermin perpaduan ahli-ahli PBKF yang sentiasa bersatu hati dan menyayangi sesama keluarga kakitangan Felda. Menerusi program ini juga yang disambut sebagai cara melahirkan rasa kesyukuran berjaya menzahirkan semangat kekitaan, bergotong-royong dan bersatu hati masyarakat tatkala meraikan sesuatu perayaan.
Rata-rata ahli yang hadir dengan program ini yang dikatakan amat berjaya dilaksanakan sebagaimana ungkapan dari Yang Dipertua iaitu sebelum beliau meminta izin untuk meneruskan perjalanan ke Desaru. Katanya “Wan, tahniah dan good job”.
Saya kagum dengan sambutan ahli dan sokongan rakan-rakan yang penuh bersemangat untuk turut menjayakan program Sambutan Aidilfitri PBKF Peringkat Kawasan Johor Selatan.

1 ulasan:
Mana satu wajah tuan hj jayus pawiro?
Catat Ulasan