Radio Internet FuhYooFm

Selasa, November 11, 2008

CABARAN BADAN KHAIRAT KEMATIAN PENDUDUK ISLAM BANDAR BARU UDA

Hj Bahrom Abdullah (Yang Dipertua) sedang mempengerusikan
mesyuarat disamping Hj Abdullah Saaban (Timbalan Yang Dipertua)


Hj Abdullah Saaban, Hj Hussin Ismail (Bendahari), Hj Mohd Jazuli Salim,
Hj Mahmood Muyob dan Hj Mohd Sunawan Md Som


Hj A Rahman Wahab, Misran Rais, Hj Subari Manan (Bendahari)
dan Hj Ismail Marjo (Setiausaha)


Kelihatan Hj Maamon Rohsin (AJK) sedang mencatat

Mesyuarat Jawatankuasa Badan Khairat Kematian Penduduk Islam Bandar Baru Uda, Johor Bahru kali ke 6/2007-2009, membincangkan dengan panjang lebar mengenai cabaran yang dihadapi pada masa kini khususnya perbelanjaan yang diberi secara percuma kepada ahli.


Badan yang ditubuhkan pada tahun 1985 dan mempunyai 1,289 ahli ini terpaksa memikirkan bagaimana untuk meneruskan segala perbelanjaan percuma untuk menguruskan jenazah disampaing member wang bantuan sebanyak RM600.00 kepada ahli atau pasangan yang meninggal dunia.

Ketika ini, bayaran pengurusan jenazah sebanyak RM425 (Urusan memandi dan mengkapan RM110, talkin RM40, penggali kubur RM40, kain kapan RM120, papan dan batu nesan RM95 serta perkhidmatan tempat mandi RM20) dibayar dari dana van jenazah. Bagaimanapun, sejak akhir-akhir ini dana ini semakin menyusut disebabkan kurangnya permintaan dan penggunaan van jenazah.

Bebarapa faktor yang dikenalpasti adalah disebabkan kebanyakan taman-taman perumahan di sekitar Bandar Baru Uda telah mempunyai van jenazahnya sendiri. Selain itu, perkhidmatan yang diberi oleh badan-badan kerajaan yang efesyen seperti Jabatan Agama Islam Johor juga menyumbang kepada faktor ini. Tidak ketinggalan juga “ulat-ulat” mayat yang berkeliaran di sekitar rumah-rumah mayat hospital yang menjalankan perkhidmatan pengangkutan jenazah juga mengurangkan kewangan Badan.

Diantara penyebab lain adalah keadaan van jenazah yang telah berumur hampir 25 tahun mungkin menyebabkan kurang keyakinan pengguna luar menggunakan perkhidmatan ini.

Dengan yuran bulanan sebanyak RM4 sebulan, setiap ahli yang menerima musibah kematian akan mendapat perkhidmatan percuma ini disamping bayaran pukal seperti yang ditentukan dalam perlembagaan.

Dengan mengambil kira segala kemungkinan termasuk menambah keyakinan kepada ahli serta kedudukan kewangan yang mungkin akan menyusut, Jawatankuasa berpendapat bahawa waris ahli hendaklah menanggung perbelanjaan urusan memandi dan mengkapan, talkin, penggali kubur dan perkhidmatan lain berjumlah RM230 sementara perbelanjaan lainnya ditanggung oleh Badan Khaitat Kematian.

Keputusan yang dibuat oleh mesyuarat Jawatankuasa pada kali ini adalah sebagai langkah berjaga-jaga dalam pengurusan kewangan walaupun dari penyata kewangan bulan September 2008 nampak kukuh (Pentadbiran RM53,716.37 dan Khairat Kematian RM128,7722.33).

Mesyuarat juga memutuskan untuk mencari sumber kewangan bagi pembelian sebuah lagi van jenazah.

Adalah diharapkan pelbagai pihak yang ingin memberi sumbangan untuk tujuan ini sangat dialu-alukan iaitu dengan menghubungi Tuan Haji Ismail bin Marjo beralamat Bangunann Khairat Kematian Penduduk Islam Bandar Baru Uda, Jalan Jagong Empat, Bandar Baru Uda, 81200 Johor Bahru atau talian telefon 07-2375657.

Tiada ulasan: