Radio Internet FuhYooFm

Selasa, Disember 09, 2008

BEKERJA SEBAGAI PEGAWAI KHAS AHLI DEWAN UNDANGAN NEGERI SKUDAI, JOHOR

.
Saya pernah bekerja sebagai Pegawai Khas kepada Dato' Teo Kok Chee yang merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri Skudai mulai Julai 2005 hingga Mac 2008. Beliau yang juga Pengerusi Parti Gerakan Negeri Johor mempelawa saya bekerja dengannya bagi membantu beliau berurusan dengan Jabatan Kerajaan dan juga sebagai pengantara masyarakat Melayu dan Islam terutama di kawasan Skudai.

Walaupun tidak lama bekerja dengannya, namun saya dapat banyak pengalaman terutama yang berkaitan dengan masyarakat Tionghua. Ini disebabkan pejabat atau pusat khidmat dimana saya ditempatkan sentiasa dikunjungi oleh kaum berkenaan. Orang-orang Melayu dan India jarang sekali berurusan dengannya.

Dato' Teo Kok Chee bersama salah seorang anaknya

Kebanyakan masyarakat Cina menggunakan khidmat wakil rakyat disebabkan mereka sukar untuk berurusan dengan pejabat dan pegawai kerajaan atau agensi lainnya. Masalah yang sering diajukan adalah yang berkaitan dengan perkhidmatan pihak berkuasa tempatan Majlis Perbandaran Johor Bahru Tengah, Tenaga Nasional, Syarikat Air Johor, Alam Sekitar, Jabatan Pelajaran, Pejabat SUK (Perumahan) dan sebagainya.

Masalah disiplin pelajar sekolah rendah dan menengah adalah diantara masalah yang sering dibawa. Begitu juga dengan perpindahan pelajar ke sekolah lain yang mungkin disebabkan oleh masalah disiplin atau disebabkan kekurangan tempat belajar di sekolah Jenis Kebangsaan Cina. Masyarakat Cina juga sangat mengambil berat tentang program Latihan Khidmat Negara (PLKN). Mereka sanggup meminta sokongan wakil rakyat supaya anak-anaknya ditawarkan untuk mengikuti program berkenaan.

Masyarakat Cina dikenali sebagai mereka yang bergiat di lapangan perniagaan. Mereka juga mempuyai banyak bangunan kediaman dan perniagaan. Masalah penggunaan elektrik terutama di bangunan perniagaan merupakan masalah yang sering kami bantu. Ia melibatkan kes pemotongan disebabkan aduan menyalahgunakan penyambungan. Kes seperti ini biasanya wakil rakyat akan berusaha mengenal pasti siapa sebenarnya yang melakukan kesalahan dan juga usaha untuk meminta pengurangan bayaran atau membayar secara beransur-ansur.

Berurusan dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat juga diantara tugas yang sering kami lakukan. Mereka yang kurang bernasib baik seperti orang kurang upaya (OKU) ibu tunggal dan orang miskin akan kami usahakan untuk mendapat bantuan dari Jabatan Kebajikan Masyarakat.

Dan diantara urusan dengan jabatan-jabatan kerajaan, berurusan dengan Polis Diraja Malaysia juga dikatakan sering kami lakukan. Ia meliputi masalah saman lalulintas, jenayah ragut, pergaduhan (termasuk juga pergaduhan suami isteri dan rumah tangga) dan sebagainya. Pernah beberapa kali aduan diterima tentang anggota Polis yang meminta suapan. Ada juga diantaranya tidak mahu membuat laporan di Balai Polis kerana diantara mereka ada yang sudah hilang kepercayaan. Dalam kes-kes seperti ini, saya sebagai seorang yang berbangsa Melayu merasa malu kerana penglibatan anggota badan pengaman yang melakukan kerja-kerja yang tidak bermoral seperti ini.

Sebagai wakil rakyat kawasan Skudai, secara ikhlas saya katakan bahawa Dato' Teo berkhidmat dengan cemerlang terutama menyelesaikan masalah rakyat tidak kira waktu siang mahupun malam. Ini dibuktikan melalui pelbagai bantuan yang diberi kepada penduduk Kg Laut, Kg Poh Chee Leng, Batu 8 1/2 dan Taman Skudai yang menerima musibah banjir besar pada tahun 2006/2007.

Beliau sanggup meninggalkan urusan perniagaannya iaitu sebuah syarikat agen pelancongan berpejabat di Taman Sutera bagi menumpukan sepenuh perhatian kepada tugas sebagai wakil rakyat.

Begitupun kecemerlangan kerja-kerja beliau masih tidak dapat mengekalkan jawatannya di DUN Skudai. Beliau hanya menerima 10,270 undi berbanding Dr Boo Cheng Hau dari DAP yang mendapat 23,124 dalam pilihanraya umum ke 12 pada bulan Mac yang lalu. Kekahalannya bererti penguasaan Barisan Nasional terlucut bersama lima kawasan DUN dan satu kawasan Parlimen di Negeri Johor.

Dalam pilihanraya 2004, Dato' Teo Kok Chee memperolehi 15,573 undi berbanding Dr Boo yang menerima 13,380. Majoriti kemenangan agak kecil iaitu sebanyak 2,193 undi.


Dr Boo Cheng Hau dari DAP yang menewaskan Dato' Teo Kok Chee dalam pilihanraya ke 12

Saya berpendapat, diantara punca kekalahannya adalah disebabkan oleh peranan akhbar-akhbar berbahasa Cina yang sering melaporkan cerita-cerita yang dihantar sendiri oleh Dr Boo. Ini terbukti apabila banyak akhbar yang menggunakan gambar dan cerita yang sama berbanding dengan segala perkara atau 'story' Dato' Teo yang jarang dipaparkan.

Selain itu, Dr Boo yang mempunyai sebuah klinik persendirian di kawasan Skudai juga sangat dikenali kerana perkhidmatan perubatannya.

Tidak dinafikan juga beberapa kelemahan Dato' Teo yang sering menjamu rakan-rakan dengan meminum minuman keras menjadi punca kekalahannya. Selain itu, trend pengundi yang menolak calun-calun Barisan Nasional seluruh negara juga menjadi faktor penting.

Pemimpin-pemimpin parti komponen Gelang Patah seperti UMNO dan MCA juga tidak sepatutnya menuding jari atas kekalahan ini kerana YB Datuk Aziz Sapian dan YB Tan Ah Eng sungguhpun menang tetapi majoritinya jauh merosot.

Walau apapun, pengalaman bekerja di pejabat Pusat Khidmat Wakil Rakyat DUN Skudai yang juga merupakan pejabat Parti Gerakan Negeri Johor telah memberi banyak pengalaman berharga bagiku.

Diantara rakan-rakan yang tidak akan saya lupakan:

Lai Kee Kong
Lai Kee Kong

Koo Shiaw Lee
Koo Shiaw Lee

Hoe Hong Seng
Hoe Hong Seng

Vivian Wong



3 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Patutla kalah.. Pak Aji jadi Pegawai Khas dia.

Cina kata...

Buat SUWEEEYYYY je...

Tanpa Nama berkata...

Toksah purak-purak innocent la Pak Aji. Mulut ucap kalimah Allah tapi hati busuk pun tak guna juga.

Betul tak Pak Aji?

Tanpa Nama berkata...

betul gak ya..orang PAS ni mengucap gak...tetapi busuk sungguh hati..senang jer bagi kat DAP heheh