Radio Internet FuhYooFm

Isnin, Disember 15, 2008

BERBALAH MENGENAI KUNCI PENDUA

.

Pagi ini berlaku percanggahan pendapat antara saya dan isteri berpunca dari seorang penyewa rumah yang tidak mahu memulangkan kunci rumah dan terus menghilangkan diri. Penyewa ni dah berbulan tidak membayar sewa dan tak tahu kemana dia pergi.


Soalnya ialah sekarang sudah ada orang yang berminat untuk menyawa. Dia nak masuk rumah tapi macamana? Isteriku mencari-cari kunci pendua. Habis seluruh bilik diselungkarnya sambil mulutnya membebel-bebel.


“Tu..lah, dulu I nak simpan kunci pendua U tak kasi, sekarang macamana? Sape susah?” Bebelnya dengan muka berpeluh-peluh.


Memang benar. Sejak dari dulu saya tidak membenarkan kami menyimpan kunci pendua. Biarlah semua kunci disimpan sendiri oleh penyewa. Alasannya mudah, kita tidak bertanggungjawab sekiranya berlaku kecurian dan sebagainya.


Saya menjelaskan kepada isteri bahawa soal penyewa tidak memulangkan kunci dan tidak membayar sewa, biarlah dia yang akan menanggungnya di akhirat nanti. Kita ikhlaskan saja. Biarlah apapun yang dibuat kepada kita, sekiranya kita redha akan ketentuan ini, insyaallah kita juga akan mendapat balasan yang baik.


Semak samun, inilah keadaan rumah di Taman Bukit Jaya, Ulu Tiram


Keadaan rumah setelah dibuka dan dibersihkan

Sebelah petang saya ke rumah di Taman Bukit Jaya, Ulu Tiram dan terpaksa memecah jeriji serta kunci pintu dan mengganti dengan yang baru. Kena berbelanja juga untuk menggantinya. Masyaallah, kami menjumpai bil air dan api juga tertunggak.

Alhamdullillah, petang itu satu pasangan pengantin baru telah datang untuk menyewa rumah. Kami tidak masalah untuk menerimanya walaupun beliau hanya sanggup membayar sebulan sewa pendahuluan.

Saya percaya bahawa segala kebaikan dan suci hati kita akan dibalas dengan kebaikan juga.


4 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Alamak Pak Aji ni janganlah berkira sangat. Ada pasangan baru kahwin menyewa di rumah saya.. saya kasi free 3 bulan. Itu baru tolong ikhlas namanya. Bukan macam Pak Aji...

Pak Aji nak jadi kaya pun buat apa? Pak Aji mati nanti.. duit tu Mak Aji guna utk kahwin laki muda.

SUNAWAN berkata...

Alhamdullillah

Tanpa Nama berkata...

Segala puji kpd Allah!!

Itulah yg disebut oleh lobai2 PAS di Johor Bahru bila tengok Pak Aji tak buat kerja bersihkan masjid daripada anasir pembangkang.

Tanpa Nama berkata...

jangan dilayan golongan pemecah umat dan membodohkan melayu islam...UMNO zaman sekarang pembawa umat ke lembah hina