Memang terasa rindu sangat apabila kita tidak berjumpa dengan seseorang yang kita kasihi walau dalam waktu yang tidak begitu lama.
Begitulah yang berlaku kepada kami pelajar (walaupun dah tua) taranum di Masjid Jamek Bandar Baru Uda. Saya juga adalah muridnya yang belajar di Surau Taman Nesa. Ini disebabkan Ustaz Safri, guru taranum kami yang tidak dapat mencurahkan ilmunya sejak bermulanya bulan Ramadhan yang lalu.
Hari ini, kami seramai lapan orang menemuinya dan membawa sedikit buah tangan berupa buah-buahan dan makanan. Mulanya kami ingin memberi kewangan untuk keperluannya, bagaimanapun kami tahu permberian wang akan ditolak mentah-mentah olehnya.
Kami telah diberitahu bahawa Ustaz Safri sedang menerima rawatan perubatan dan tradisional disebabkan oleh sakit saraf.
Kedatangan kami disambut begitu mesra. Beliau sedar ramai yang mengharap untuknya meneruskan pengajaran taranum dan berjanji sekiranya pulih kesihatannya akan mula meneruskan tugas pada awal bulan Januari 2009.

2 ulasan:
Pak Aji ni melawat sebab nak buat PR ke? Pemilihan Bahagian lambat lagi la Pak Aji. Asyik melawat je kerja dia.
Bagus.. bukan tak bagus... tapi Pak Aji jangan lupa tanggungjawap lain. Lobai2 PAS sibuk berkempen di masjid.. Pak Aji sibuk melawat.
Pak Aji ni elok juga jadi maskot Kem. Pelancongan. Ganti masckot orang utan tu.
Alhamdullillah
Catat Ulasan