Radio Internet FuhYooFm

Selasa, Januari 20, 2009

HARI KELUARGA KRT PADI RIA BANDAR BARU UDA

Hari minggu kelmarin, 18 Januari, saya ke majlis Hari Keluarga Warga KRT Jalan Padi Ria, Bandar Baru Uda.

Majlis yang bermula pada jam 8 pagi adalah anjuran bersama KRT Padi Ria, Pejabat Perpaduan Daerah Johor Bahru dan MBJB Local Agenda 21.

Pengerusi KRT, Hj Abdullah Shaaban membawa Datuk Shahrir
untuk bersama-sama dengan penduduk

Tetamu utama dalam majlis ini adalah YB Datuk Shahrir Samad, Menteri Perdagangan DalamNegeri dan Hal Ehwal Pengguna yang juga Ahli Parlimen Johor Bahru. Beliau hadir bersama isteri dan disambut dengan paluan kompang.

Program dimulakan dengan senaman Taichi

Pelbagai acara telah dirancang sepanjang hari dan ia dimulakan dengan senaman Taichi. Pembimbing senaman adalah Haji Mokhtar Khalid yang juga merupakan Pengerusi Kelab Sukarelawan Masjid Jamek Bandar Baru Uda.

Kaum wanita juga turut sama dalam senaman Taichi

Acara-acara lain termasuklah persembahan tarian zapin dari anak-anak penduduk Jalan Padi Ria, sukanika, pertandingan gubahan lipatan tuala, pertandingan mewarna, pamiran agensi kerajaan, gerai jualan, pembelian bahan kitar semula dan cabutan bertuah.

Anak-anak mempersembahkan tarian zapin

Tetamu kehormat yang hadir seperti Datuk Shahrir, Haji Mohd Said Ibrahim (Ahli Majlis MBJB) dan R Azmi Md Aris (Ketua Kampong) turut sama dalam sukanika seperti bermain bola bowling dari buah kelapa.

Wakil MBJB memperkenalkan pelastik mesra alam kepada Datuk Shshrir

Di majlis ini, Majlis Bandaraya Johor Bahru memberi secara percuma beg pelastik mesra alam yang boleh digunakan untuk mengisi segala barang buangan terutama dari dapur. MBJB mengharapkan penduduk akan menggunakan beg pelastik ini bagi menggantikan beg pelastik yang sukar untuk dimusnahkan.

Southern Waste Management (SWM), syarikat pengendali pemungutan sisa pepejal yang turut sama dalam gerai pamiran turut menerima segala barangan kitar semula. Harga yang diberi juga munasabah seperti kertas (RM0.05), aluminium can (RM0.50), steel tin (RM0.10), plastic (RM0.15), Glass Bottle (RM0.02), Compac Disc (RM0.05), Car Battery (RM0.25), Computer CPU (RM0.30) dan computermonitor(RM2.00/pce).

Hasil penapaian air beras, bukan untuk diminum

Majlis Bandaraya juga memperkenalkan program kitar semula sisa dapur dengan menggunakan kaedah bioteknologi EM (Effective Microorganims). Kaedah ini berjaya menguruskan sisa-sisa organik yang terhasil dari cebisan sisa makanan, perut ikan, kulit buah-buahan dan malah apa sahaja bahan yang tergolong sebagai bahan organik dengan menghasilkan EM Jus Sampah dan EM Kompos Sampah.

Kedua
-dua jus penghasilan ini boleh digunakan untuk menyuburkan tanaman disamping membebaskan penggunaan bahan kimia serta racun serangga. Jus ini juga apabila dituangkan ke longkang akan memberi impak positif kepada usaha rawatan dan pembersihan loji kumbahan dan sungai.

Biasalah, perasmi pasti mendapat cenderamata

Keluarga yang hadir telah dihiburkan dengan penampilan Rosli Mohalim, bekas pemain gitar kumpulan Sweet Charity. Kombo MBJB juga turut sama menghiburkan penduduk sehingga majlis ditamatkan pada jam 6.30 petang.

Majlis penutupan dan penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh Pengarah Jabatan Perpaduan Negeri Johor.

Sempat lagi Datuk Shahrir bertemu penduduk yang sedang bergotong royong

Datuk Sharir Samad pula mengambil peluang melawat kawasan perkampungan Bandar Baru Uda untuk bertemu penduduk dan meninjau kemajuan dan permasalahan setempat.


Tiada ulasan: