Sewaktu kempen pilihanraya kecil Parlimen Kuala Terengganu yang baru lalu, saya turut ke sana. Selama tiga hari di sana, bersama beberapa orang rakan kami menjadi penyumbang keriuhan dan keghairahan penyokong parti-parti yang sedang berlumba menambat hati pengundi.
Saya diberitahu suasana di sini sangat berbeza dengan pilihanraya kecil Permatang Pauh. Mengikut mereka keadaan di Kuala Terengganu ini agak tenang walaupun bendera dan sepanduk memenuhi semua ruang yang boleh digunakan dari BN maupun PAS. Tidak ketinggalan juga bendera UMNO dari PKR tersembul di celah-celahnya.
Kami balik dua hari sebelum pengundian. Ketika itu telah terpahat di pemikiran kami tentang genggaman penguasaan yang akan terlepas kepada PAS. Ramai rakan yang kami temui sependapat mengenai perkara ini. Bahkan keyakinan ini saya beritahu kepada sahabat saya, Haji Mohamad Rahman yang juga seorang aktivis PAS yang ketika itu masih berada di USM kerana sedang bertugas. Beliau adalah pengundi berdaftar dan tentunya satu undi kemenangan datang darinya.
Kami percaya diantara punca kekalahan Datuk Ahmad Wan Farid Wan Salleh adalah disebabkan faktor peribadi. Sungguhpun Wan Farid lebih muda (46 tahun) dan mempunyai Ijazah Undang-Undang (Lincoln's Inn), UK berbanding Mohd Abdul Wahid Endut (52 tahun) pemegang Diploma Perikanan, orang ramai terutama pengundi diwar-warkan tentang Wan Farid yang tidak mesra rakyat kerana hadir dari kalangan orang berada.
Benar atau tidak, saya diberitahu pada ketika pilihanraya ini pagar kediaman Wan Farid berkunci yang memberi isyarat tidak ada sesiapa yang boleh masuk ke rumahnya.
Isu ini diperbualkan di merata tempat bahkan ada yang mengatakan Wan Farid tamak kerana telah berjawatan Senator dan memegang jawatan Timbalan Menteri. Mereka lebih percaya Wahid Endut lebih layak walaupun beliau memegang jawatan ADUN Wakaf Mempelam selama 5 penggal.
Sekiranya soal personaliti Wan Farid menjadi penyebab kekalahan, adakah calon lain yang lebih layak darinya sedangkan beliau adalah Ketua UMNO Bahagian Kuala Terengganu. Tidakkah mungkin terjadi pemboikotan dan sabotaj kiranya tersalah pilih calon?.
Saya menjadi keliru dengan jentera pilihanraya BN Bahagian kerana ramai yang mengatakan jenteranya tidak berfungsi seperti yang diharapkan.
PAS sendiri tidak membawa isu besar dan meyakinkan. Sepanduk yang terpampang diantaranya menunjukkan keadaan lalulintas yang sesak yang memberi petunjuk kerajaan BN tidak dapat mengatasinya.
Begitupun, faktor yang paling jelas adalah peratusan pengundi yang keluar mengundi agak rendah, percaturan pemain judi dari kalangan bukan Melayu yang tidak menyebelah BN serta kekurangan sokongan pengundi muda.
Keputusan telah diterima. Walaupun PAS menang dengan 2,631 undi tetapi dimana perginya pengundi PAS yang lain berbanding kemenangannya sepuluh tahun lalu dengan majoriti 14,448 undi.
PAS, BN atau Bebas yang menang atau kalah, yang pasti beruntung adalah rakyat Terengganu khususnya Kuala Terengganu. Manakan tidak, sudahlah projek pembangunan dicurahkan, jalan dan parit diperbaiki siang dan malam, ribuan penyokong dari luar Terengganu pula berbelanja sakan.
Harga barangan melambung. Sekilo ikan tenggiri RM26.00. Rumah kampung separuh batu/kayu dengan lima bilik yang kami duduki pun terpaksa kami sewa dengan harga RM600.00 sehari. Bukan itu saja, pemilik rumah sebelah minta bayaran pakir kereta yang dikatakan memasuki kawasan rumahnya.
Walau apapun, orang yang paling gembira adalah Anwar Ibrahim kerana percaya cita-cita peribadinya untuk ke Putrajaya semakin hampir. Benarlah katanya semasa mengulas kemenangan ini sebagai perubahan yang sangat dikehendaki oleh rakyat dan berharap ketuanan rakyat akan menjadi kenyataan.

Seorang rakan, R Azmi bergambar kenangan berlatar belakang deretan bendera parti PAS dan Barisan Nasional
Begitu juga dengan sepanduk yang memberi gambaran projek Monsoon Cup adalah satu projek pembaziran yang sepatutnya kerajaan membuat "monsoon drain".Begitupun, faktor yang paling jelas adalah peratusan pengundi yang keluar mengundi agak rendah, percaturan pemain judi dari kalangan bukan Melayu yang tidak menyebelah BN serta kekurangan sokongan pengundi muda.
Keputusan telah diterima. Walaupun PAS menang dengan 2,631 undi tetapi dimana perginya pengundi PAS yang lain berbanding kemenangannya sepuluh tahun lalu dengan majoriti 14,448 undi.
PAS, BN atau Bebas yang menang atau kalah, yang pasti beruntung adalah rakyat Terengganu khususnya Kuala Terengganu. Manakan tidak, sudahlah projek pembangunan dicurahkan, jalan dan parit diperbaiki siang dan malam, ribuan penyokong dari luar Terengganu pula berbelanja sakan.
Harga barangan melambung. Sekilo ikan tenggiri RM26.00. Rumah kampung separuh batu/kayu dengan lima bilik yang kami duduki pun terpaksa kami sewa dengan harga RM600.00 sehari. Bukan itu saja, pemilik rumah sebelah minta bayaran pakir kereta yang dikatakan memasuki kawasan rumahnya.
Walau apapun, orang yang paling gembira adalah Anwar Ibrahim kerana percaya cita-cita peribadinya untuk ke Putrajaya semakin hampir. Benarlah katanya semasa mengulas kemenangan ini sebagai perubahan yang sangat dikehendaki oleh rakyat dan berharap ketuanan rakyat akan menjadi kenyataan.
3 ulasan:
Ramai penganalisa buat kesimpulan sebab kekalahan UMNO di KT bukanlah faktor peribadi sahaja. UMNO dan jenteranya masih tidur dan dilamun mimpi-mimpi yang indah.
MamatJusoh
UMNO semakin tak menarik. Masih tak percaya lagi? Tuan Haji ada blog sendiri. Tapi agaknya tuan tak baca blog-blog orang lain yang bukan pemimpin UMNO tapi orang-orang yang masih sayangkan UMNO. Itu sebab Tuan Haji ambil jalan mudah untuk salahkan calon dan bukan cara kerja UMNO...
Putra BBU
Pak Aji pergi bersantai dan shopping saja. Buat menyemak Kuala Terengganu. Lain kali kempen la betul-betul.
Catat Ulasan