Radio Internet FuhYooFm

Sabtu, Januari 03, 2009

HEBAT DAN ISTIMEWA MENJADI AHLI MAJLIS

.
Hari ini adalah hari ketiga dalam tahun 2009. Rimas juga saya nak keluar rumah kerana ramai yang bertanya "Dah jadi Ahli Majlis? Dah angkat sumpah?" dan macam-macam lagi yang merujuk samada saya telah dilantik sebagai Ahli Majlis Bandaraya Johor Bahru.

Apa hebat dan istimewanya menjadi Ahli Majlis? Mungkinkah kerana pemberian percuma sehelai blazer, lambang, jata dan logo Majlis yang akan dipasang di hadapan dan belakang kereta, pakir kereta percuma di kawasan yang diuruskan oleh Majlis atau kerana elaun bulanan yang tidak seberapa?.

Adakah kerana jata ini sebagai lambang kemegahan Ahli Majlis?

Inilah realitinya. Ramai ahli politik yang berebut sehingga ada yang sanggup melobi Ketua Bahagian demi mencapai cita-cita untuk menjadi Ahli Majlis bagi tempuh dua tahun. Selepas itu, berusaha lagi minta disambung. Sukar hendak menerima kenyataan bahawa perkhidmatan hanya dua tahun. Mereka melobi dan melobi selagi ada bumi dan langit sehingga bertanggapan bahawa jawatan Ahli Majlis itu seperti kepunyaannya.

Lebih lama mereka menjawat jawatan ini seolah jawatan yang menjadi haknya itu menjadi kebal baginya dan semakin berkuasalah ia di majlis berkenaan.

Kerajaan Negeri Johor pernah membuat arahan supaya perkhidmatan setiap Ahli Majlis tidak melebihi 3 penggal. Ada yang tidak ambil peduli dengan arahan ini dan sebab itu ada yang telah berkhidmat sehingga 20 tahun!. Pergi sahaja ke Majlis Perbandaran Johor Bahru Tengah yang dahulunya Majlis Daerah Johor Bahru Tengah, salah seorang ahlinya sudah lusuh kerusi yang didudukinya kerana telah begitu lama di situ.

Di Majlis Bandaraya Johor Bahru juga terdapat individu seperti ini. Saya tidak pasti samada beliau akan terlantik lagi atau sebaliknya bagi perlantikan baru.

Apakah kita merasa bertuah kerana menjadi Ahli Majlis kerana mempunyai kuasa dan mendekatkan diri dengan pegawai-pegawai untuk meraih projek dan mendapat tips anggaran harga projek yang akan dilaksanakan. Begitu juga dengan elemen konteks atau hubungan dalaman untuk meraih projek.

Keadaan seperti ini akan memperlihatkan bagaimana tentang intergriti sesuatu Majlis yang akan dipandang remeh oleh sesuatu pihak.

Manakan tidak, sudahlah mereka ini bertahun-tahun menjadi Ahli Majlis, latar belakang, pengalaman dan kelulusan akademik juga tidak seberapa. Bukan hendak memperkecilkan jawatan tertentu, tetapi kenyataannya ialah ada diantaranya adalah pengganggur dan yang pernah bekerja pula sebagai tukang masak.

Ada pula disebabkan oleh merit politik duduk sebagai jawatankuasa pelan bangunan. Tidak terfikirkah di pemikiran kita tentang apa yang akan berlaku dengan segala keputusan dengan hal keadaan ini.

Terkejutkah kita sekiranya ada diantaranya melakukan salahguna kuasa dan amalan rasuah?. Ada diantara mereka keluar masuk mahkamah untuk mempertahankan tuduhan dan kemungkinannya merengkok dalam penjara. Malangnya ini tidak menjadi iktibar kepada Ahli Majlis yang lain.

Saya menyedari hakikat ini dan merasakan amanah dan tanggungjawab kepada agama, bangsa dan negara tidak seharusnya diketepikan hanya kerana untuk kepentingan peribadi sahaja.
.

8 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Pak Aji, engkau ni berkupiah tapi hati engkau busuk.

Tanpa Nama berkata...

Pak Lang Jembal,

Kau pulak terasa? Kau ni memang antara orang2 yang dimaksudkan ke? Kenapa pulak hati Pak Aji ni busuk? Baguslah dia tulis benda ni untuk memberi kesedaran kepada orang lain.

PemerhatiAhliMajlis

Tanpa Nama berkata...

Aku tengok si Pak Lang Jembal ni aktif bagi komen keatas blog ini. Tapi semua komenya negatif. Macam orang yang sakit hati aje... Aku rasa dia ni orang tempatan jugak dan ada rasa kecewa atau marah dengan blogger ni.

Jiran Mesjid BBU

Tanpa Nama berkata...

where you come from!

Anak Jati JB berkata...

Sudahlah Sunawan jangan berlakon masa Mesyuarat Bhg JB kau yang tawar diri nak sangat jadi Ahli Majlis,Org kenal kau lah Pak Aji bukak Res Karaoke Mana nak maju buat keja maksiat je lah pak aji

Tanpa Nama berkata...

Dah sah yang komen ini kawan bloger ini jugak sebab tau latar belakang Pak Aji ni. Jadi.. siapa yang berlakon? Jangan guna nama-nama samaran. Gunakanlah nama betul. Lebih bagus kalau dapat bersemuka dan buat perbahasan yang sihat. Barulah dapat jadi contoh orang Melayu yang Islamic dan bertamadun...

Tapi kalau betullah Pak Aji ni ada buka Res Karaoke memang tak patut sebab karaoke tempat orang enjoy dan berhibur. Dalam tempat-tempat hiburan selalunya orang bolih lupa diri. Banyak lagi bisnes lain yang lebih dituntut olih agama

Tanpa Nama berkata...

It seems different countries, different cultures, we really can decide things in the same understanding of the difference!
Personalized Signature:我喜欢淮安掼蛋,靖江青儿,南通长牌,姜堰23张,常州麻将这些地方言游戏

Tanpa Nama berkata...

Read your article, if I just would say: very good, it is somewhat insufficient, but I am

still tempted to say: really good!
Personalized http://www.jsfishnet.com