Radio Internet FuhYooFm

Selasa, Januari 20, 2009

JENUH MENGIKUT LAWATAN DATUK SAHRIR KE K.I.K. SULTAN ISKANDAR

.
Pengarah Urusan GSB, Datuk Yahya Jalil (kiri)
begitu teliti mendengar penghujahan Datuk Shahrir

Janji ditunaikan. Datuk Shahrir Samad membuat lawatan ke Kompleks Kastam Imigresen dan Kuarantin (KIK) Sultan Iskandar, Johor Bahru sebagaimana janjinya sebelum ini setelah mendapat pelbagai aduan dari orang ramai kesan dari bermula operasi KIK tersebut.

Sebelum lawatan, majlis taklimat telah diadakan yang turut dihadiri oleh Dato' Haji Nasir Mat Dam (Timbalan Ketua Setiausaha Kementerian Kerja Raya), Datuk Naim Nasir (Datuk Bandar MBJB), Pengarah Kerja Raya Negeri, Ketua Jabatan, ADUN-ADUN dalam kawasan Johor Bahru dan Ahli Majlis MBJB.

Majlis taklimat bermulanya projek pada 20 November 2003 yang dihadiri oleh YAB Datuk Haji Abdul Ghani Othman, Menteri Besar Johor telah menjadi kenyataan walaupun melalui pelbagai rintangan.

Datuk Shahrir, sebagai Ahli Parlimen Johor Bahru dan jemaah kabinet mempunyai tanggungjawab dan mesti peka kepada segala permasalahan terbit dari perlaksanaan projek tersebut. KIK ini sendiri terletak dalam kawasan perlimen Johor Bahru dan pastinya keterlibatan langsung sangat diharapkan oleh penduduk dan pengundi Johor Bahru.

Demi rakyat, panas terik bukan alasan

Projek KIK yang dibangunkan oleh Gerbang Selatan Bersepadu (GSB) diantara tujuannya adalah untuk memindahkan kompleks KIK sediada di Tambak dan Tanjung Puteri ke Bukit Cagar dengan mengadakan kemudahan yang lebih baik dan selesa.

Selain dari itu, ia juga akan menyediakan laluan penghubung yang bersesuaian antara Kompleks KIK baru ke Tambak Johor, menyediakan kemudahan pengguna dengan mengintegrasikan Kompleks KIK dengan "Public Transit & Railway Station" dan pusat bandar serta untuk menyuraikan trafik dari Bandaraya Johor Bahru bagi mengatasi masalah kesesakan lalulintas di pusat bandar.

Turut serta dalam lawatan Sdr Azman Dawam, Ahli Majlis MBJB
dan Sdr Nuraini Juhari, Pegawai Khas ADUN Stulang

Begitupun sebahagian cadangan penyuraian trafik mengikut Rancangan Tempatan Daerah Sentral telah dibatalkan seperti Didicated Elevated Highway dan jambatan.

Di sebalik itu, Kerajaan telah memutuskan untuk membina laluan sementara (Short Term Access - STA) bagi mengelakkan bangunan yang telah siap tidak boleh beroperasi.

Rekabentuk dan pembinaan STA ini pula mengambilkira kegunaan sementara iaitu antara 2-3 tahun dan akan dirobohkan apabila laluan penghubung jangka panjang disiapkan.

Ketika ini penggunaannya adalah untuk kenderaan ringan yang tidak termasuk lori untuk pengangkutan.

Beginilah keadaan lengang Jalan Tun Razak menuju
KIK Tanjung Puteri yang dahulunya begitu sibuk

Banyak aduan dan masalah yang diterima dari pengguna adalah berpunca dari kesan dari pembinaan STA seperti kenderaan hanya boleh menggunakan Jalan Tebrau sementara Jalan Jim Quee dihadkan sebagai tempat menurunkan dan mengambil penumpang (tidak termasuk bas).

Masalah paling besar dan menjadi fokus Datuk Shahrir adalah penurunan dan pengambilan penumpang bas serta pejalan kaki hanya boleh menggunakan kemudahan di Jalan Tun Abdul Razak.

Ketika membuat lawatan, Datuk Shahrir sempat bertemu dan bertanya pengguna kemudahan KIK terutama warga emas yang kelihatan tidak upaya membawa bagasi masing-masing.


Datuk Sahrir bersama Dato' Hj Nasir Mat Dam dan ADUN Stulang
berbual mesra dengan pengguna KIK

Pengalaman bersama Datuk Shahrir bermula dari jam 8.30 pagi hingga 2.30 petang tentutnya membawa banyak pengertian kepada semua yang mengikuti lawatan ini.

Penat, letih, panas, berpeluh, haus dan sebagainya bukan perkara utama untuk diperhatikan. Sebahagian dari ahli rombongan terpaksa menarik diri lebih awal dan ada yang menikmati jamuan lebih awal walaupun ketika itu pelawat sedang berada di KIK lama.

Setia menunggu ketibaan Datuk Shahrir, ada yang belum minum pagi

Apa pun, pelbagai masalah telah dikenalpasti dan pihak yang bertanggungjawab sepatutnya mengambil tindakan segera seperti penggunaan Touch & Go, proses di kaunter Imigresen, kekurangan papantanda di dalam dan luar bangunan, penumpang bas perlu berjalan jauh, pejalan kaki di STA, kesan peniaga di pusat bandar, kebersihan tandan serta rekabentuk STA.

Datuk Shahrir sendiri mempunyai beberapa cadangan yang perlu di bawa ke Kabenit terutama membuka semula KIK Tanjung Puteri.

Utusan Online

Syor buka semula CIQ Tg. Puteri ke Kabinet

JOHOR BAHRU 19 Jan. - Kerajaan akan mengemukakan kepada Kabinet berhubung cadangan membuka semula Kompleks Pemeriksaan Kastam, Imigresen dan Kuarantin (CIQ) di Tanjung Puteri bagi kemudahan pengguna pengangkutan awam.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Shahrir Abdul Samad berkata, cadangan itu boleh menyelesaikan masalah pengguna yang berulang alik menaiki pengangkutan awam seperti bas dan komuter ke Singapura.

"Kita prihatin dengan rungutan orang ramai kerana di CIQ Bangunan Iskandar, tiada kemudahan laluan pejalan kaki menyebabkan pengguna terbabit terpaksa melalui perjalanan jauh dan meletihkan," katanya.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Johor Bahru berkata demikian kepada para pemberita selepas mengadakan lawatan dan diberi taklimat di CIQ Iskandar di sini hari ini.

Shahrir memberitahu, antara agensi kerajaan yang terbabit menangani masalah ini ialah Jabatan Kerja Raya (JKR), Imigresen, Kastam, dan Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB).

Menurutnya, sebagai wakil rakyat beliau akan mengemukakan cadangan itu ke Kabinet dalam jangka waktu terdekat.

Beliau berkata, berdasarkan maklumat dan pemantauan, kaedah menghidupkan semula CIQ di Tanjung Puteri akan menyelesaikan masalah itu.

"Di CIQ Tanjung Puteri, pengguna yang naik bas atau komuter hanya perlu berjalan sekitar 50 hingga 60 meter untuk menaiki semula kenderaan awam berkenaan," katanya.

Katanya, di CIQ Iskandar, mereka terpaksa berjalan kaki menuju ke JB Central sejauh kira-kira 200 meter.

3 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Tiung Uban ni banyak cakap tapi kasi idea bodoh. Buat apa nak ada sampai 2 CIQ?

Tanpa Nama berkata...

Lagi keji orang yang hanya pandai komen tapi tak buat apa-apa!

6oLsh0i_6o0z3 berkata...

Salam semua,

Hmm, jangan hanya fikirkan keluhan orang ramai sahaja, Kami sebagai pegawai Imigresen di sini lagilah teruk menempuh perjalanan yang jauh setiap hari. Memang kami di bayar gaji, tetapi permintaan "public" tidak seharusnya dibuat sebagai "kayu ukur" bulat-bulat. Mereka kalau boleh nak Komplek Imigresen tu sebelah rumah mereka. Kalau nak dibandingkan keadaan Tambak Johor lama, jauh berbeza dengan keadaan sekarang di Bangunan Sultan Iskandar ini. Jalan sikit pun mengeluh. Sapa suruh kerja di Singapore. Kami di sini hari-hari dengar komplen dari mereka. Macamlah kami yg design bangunan ni.