Hj Hussin Ismail ketika menyampaikan taklimat di seminar pengurusan masjid anjuran JAKIM dan Majlis Agama Islam Sabah di Kota Kinabalu pada bulan November 2008
Keupayaan Masjid Jamek Bandar Baru Uda, Johor Bahru (MJBBU) menubuhkan Yayasan Masjid yang menjadi nadi utama kepada kelancaran dan pemangkin kemajuan masjid ini telah mendorong JAKIM menjadikan contoh untuk semua masjid di Malaysia.
Untuk tujuan itu, JAKIM dengan kerjasama Jabatan Agama Islam Trengganu telah meminta MJBBU mengadakan taklimat khas di Seminar Penubuhan Yayasan Masjid Malaysia yang akan diadakan di Dewan Besar Wisma Darul Iman, Kuala Trengganu pada 07 Januari 2009 mulai jam 08.30 pagi.
Bagi memenuhi tuntutan ini, MJBBU telah menyediakan kertas kerja dan paparan yang akan dibentangkan oleh Tuan Haji Hussin bin Ismail, Bendahari MJBBU merangkap Setiausaha Yayasan Masjid Jamek Bandar Baru Uda.
Beliau adalah orang yang mengutarakan gagasan ini dan seterusnya melakukan pelbagai usaha sehingga kejayaannya tercipta.
.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan