Esok, hari Rabu 7 Januari 2009 bersamaan 10 Muharram 1430 merupakan Hari Asyurra yang digalakkan umat Islam berpuasa samada 3 hari berturut-turut mulai hari ini, esok dan lusa atau hari ini dan esok. Esok dan lusa dan setidak-tidanya hari esok sahaja.
Hujah puasa sunat ini adalah berpandu kepada hadis yang diriwayatkan oleh Ibnu Abbas r.a. yang maksudnya:
"Sabda Rasulullah saw.: Berpuasalah kamu pada hari 'Asyura dan bezakan kamu dengan orang-orang Yahudi (yang hanya berpuasa pada hari kesepuluh Muharram sahaja), hendaklah kamu berpuasa sebelumnya atau selepasnya".
Hujah puasa sunat ini adalah berpandu kepada hadis yang diriwayatkan oleh Ibnu Abbas r.a. yang maksudnya:
"Sabda Rasulullah saw.: Berpuasalah kamu pada hari 'Asyura dan bezakan kamu dengan orang-orang Yahudi (yang hanya berpuasa pada hari kesepuluh Muharram sahaja), hendaklah kamu berpuasa sebelumnya atau selepasnya".
قال رسول الله صلى الله عليه وسلم : صوموا يوم عاشوراء ، وخالفوا فيه اليهود ، صوموا قبله يوما ، أو بعده يوما . وفي رواية : لئن بقيت إلى قابل لأصومن اليوم التاسع
Kelazimannya masyarakat kita di Malaysia dan juga di Indonesia ialah apabila ketibaan 10 Muharram akan memasak "Bubur Asyura".
Memasak bubur ini ada kaitannya dengan peristiwa bahtera Nabi Nuh as. yang berlabuh di Bukit Juudi pada hari Asyurra. Baginda meminta menghimpunkan segala makanan yang dimiliki seperti kacang Ful atau Baqila', kacang Adas dan Ba'ruz, tepung serta kacang Hinthoh sehingga menjadi tujuh jenis biji-bijian untuk dimasak.
Peristiwa ini menjadi sejarah kerana masakan ini adalah makanan pertama dimasak di atas permukaan bumi setelah berlakunya banjir besar dan taufan.
Di bawah ini saya salinkan resepi untuk membuat Bubur Asyura yang diambil dari http://resepi.mesra.net/Detailed/5321.shtml
Bahan-Bahan: | |
1 kg beras 200gm kacang hijau 1 kg santan 50 gm kerisik satu sudu kecil serbuk jintan manis, serbuk jintan putih dan halba 10 keping gula melaka 10 ulas bawang merah-dimayang 5 ulas bawang putih-dimayang 1 inci halia-dimayang | 500 gm jagung 100 gm gula pasir sedikit rempah kurma,kari 2 liter air |
Cara: | |
1.masak nasi sehingga pecah. Kacau sentiasa. 2.masukkan kacang hijau dan jagung kacau hingga kacang hijau kembang 3.masukkan bawang, kerisik, halia dan rempah serta rempah kurma. Kacau lagi | |
Cadangan Hidangan: | |
4.masukkan gula melaka dan gula 5.akhir sekali masukkan santan dan kacau sehingga adunan pekat 6.sejuk adunan dalam dulang berlapik daun pisang. . |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan