"Bang apa dah jadi dengan Pantai Lido ni, berlumut, Majlis Bandaraya tak jaga ke pantai ni?". Inilah soalan yang pernah ditanya oleh isteriku di satu sore semasa kami melalui Pantai Lido, tempat perkelahan warga Johor pada beberapa minggu lalu.
Kami teringat pasirnya yang dahulu mememutih telah hilang sebaliknya ia bertukar dengan warna kehijaun seolah pasirnya dilitupi lumut atau ditumbuhi rumput dan rumpai.
Ketika melalui pantai ini kelihatan beberapa orang sedang mencangkung dan mengorek pasir, tidak pasti apa yang dicari. Satu ketika dahulu memang ramai peminat hidupan dan karangan laut sepeti kepah dan lokan yang mengutipnya di kawasan ini bahkan nelayan yang menternak kupang juga mendapat penghasilan lumayan di sini.
Saya sendiri mempunyai pengalaman mencari ketam di kawasan pantai ini terutama di sekitar Shahbandar. Memang menyeronokkan kerana penghasilannya cukup untuk dibuat hidangan keluarga.
Tapi itu berlaku 30 tahun dahulu. Dan selepas segala air kumbahan dialirkan ke Selat Tebrau terutama dari Hospital Sultanah Aminah, segala-galanya pupus bahkan amaran kerajaan dikeluarkan supaya tiada lagi kegiatan meternak kupang dan mencari karangan laut. Mandi manda juga dilarang dan akibatnya tiada seorang pun yang berani bermain air di Pantai Lido!.
Akhirnya, persoalan ini terjawab apabila pada 22 Januari lalu saya menghadiri seminar bertajuk Aplikasi Bioteknologi 'Effective Microorganisms' (EM) anjuran Majlis Bandaraya Johor Bahru di Auditorium Pusat Penerangan Pelancongan (JOTIC), Jalan Air Molek, Johor Bahru.

Teknologi EM inilah yang sebenarnya memberi kesan besar kepada persekitaran alam di Pantai Lido, Johor Bahru. Ia telah dapat meningkatkan Indeks Kualiti Air (IKA) serta memastikan pengawalan efluen daripada loji-loji kumbahan.
Ketika air pasang, saya melihat air Selat Tebrau begitu bersih dan jernih. Sebelumnya, ia kelihatan kotor dan tercemar sehingga pernah berlaku kematian ribuan dan mungkin jutaan ikan.
Di majlis perasmian seminar, saya begitu tertarik dengan ucapan YB Datuk Ahmad Zahri Jamil, Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Kerajaan Tempatan, Kerja Raya dan Kemudahan Awam Negeri Johor yang memberi keyakinan atas keberkesanan aplikasi EM. Ucapan beliau yang penuh semangat dan keyakinannya tentang penggunaan teknologi ini yang dikatakan langkah terbaik untuk pemeliharaan dan pemulihan alam sekitar.
Beliau menjelaskan bahawa kerajaan negeri Johor sedar akan kehancuran yang akan berlaku akibat pencemaran alam sekitar yang berpunca daripada manusia sendiri. Kesan yang paling ketara adalah pemanasan global yang dapat dirasai dengan perubahan iklim dan cuaca yang sukar diramalkan malahan telah memberi kesan negatif kepada penduduk dunia.
Beliau berharap langkah kerajaan negeri memajukan Bioteknologi untuk mengurangkan masalah pencemaran perlu disahut oleh semua pihak. Kerajaan negeri telah mengarahkan semua Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) melaksanakan program ini dan ianya terbukti apabila negeri Johor adalah yang terawal melakukannya.
Datuk Bandar Majlis Bandaraya Johor Bahru, Dato' Mohd Naim Nasir pula komited dengan program ini apabila ia mula diaplikasikan sejak tahun 2007. Sejajar dengan misinya 'pemulihan dan dan peningkatan kemampanan alam sekitar' serta kesungguhannya merealisasikan penggunaan teknologi EM, beliau telah memperluaskan kepada semua perkhidmatan majlis.
Usaha-usaha untuk memperkenal dan memperluaskan pemahaman dan penggunaan kepada seluruh warga bandaraya Johor Bahru telah dilaksanakan melalui program sosial dan kemasyarakatan. Beliau mengharapkan mereka akan bersama serta peka kepada tanggungjawab masing-masing untuk memulihara alam sekitar.
Kesungguhannya jelas tersaksi dengan kenyataan di perairan Selat Tebrau terutama di Pantai Lido apabila sekarang ini terdapat kumpulun burung bangau putih di pesisir pantai yang membuktikan terdapat banyak ikan yang menjadi makanannya.
Seorang rakan di masjid BBU, Yanto yang sering memancing di perairan ini juga terkejut dengan kemunculan 'ikan Cermin' yang kebiasaannya ikan ini hidup dalam air laut yang bersih. Bahkan 'Wat-wat' sejenis hidupan seperti cacing yang digunakan untuk umpan pemancing ikan juga ketika ini banyak terdapat di pantai Selat Tebrau.

Dato' Mohd Naim bersama warga perihatin
memasukkan EM Mud Ball yang bertujuan
untuk pembiakan bacteria anaerobic

YAB Dato' Hj Abdul Ghani Othman
mencurah larutan EM (aktif) bertujuan untuk
menguraikan ammonia dan Asid sulfurik kepada unsur-unsur
tidak berbau melalui aktiviti fototropik bakteria
Kemunculan semula pelbagai hidupan ini memberi pengertian jelas bahawa segala usaha yang dilakukan oleh kerajaan negeri di bawah pimpinan YAB Dato' Haji Abdul Ghani Othman, Menteri Besar Johor serta perlaksanaan yang bersungguh-sungguh pimpinan dan wargakerja Majlis Bandaraya Johor Bahru telah memberi kesan positif dari aplikasi Bioteknologi EM.mencurah larutan EM (aktif) bertujuan untuk
menguraikan ammonia dan Asid sulfurik kepada unsur-unsur
tidak berbau melalui aktiviti fototropik bakteria
1 ulasan:
Posting yang begitu berinformasi dan menarik untuk perhatian umum.
Mohon kebenaran untuk penerbitan semula post ini di website kita di http://mylivingwall.com untuk dikongsi bersama pembaca-pembaca. Akan paut semula ke blog saudara.
All the best!
Terima kasih.
http://mylivingwall.com
Catat Ulasan