Radio Internet FuhYooFm

Khamis, Januari 01, 2009

SELAMAT TINGGAL TAHUN 2008

.

Indahnya Selat Tebrau dikala matahari hampir terbenam

Saat-saat akhir tahun 2008 apa yang harus ku buat?. Memang dah lama pun saya tidak merai atau menyambut ketibaan tahun baru masihi. Jadi, memang nak duduk kat rumah saja samada di hadapan skrin tv atau mungkin komputer.

Selepas solat isyak, tiba-tiba saja ada panggilan talipon dari Setiausaha Masjid untuk meminta saya pergi ke rumah Haji Fathil kerana ada sedikit perbincangan.

Saya ajak sekali isteriku dan Fikah mengikutku. Saya bercadang selepas perbincangan mungkin nak ronda-ronda di Pantai Lido atau Pantai Stulang. Inilah istimewanya Bandaraya Johor Bahru kerana masih mempunyai pantai-pantai yang masih boleh dikunjungi. Tapi tak tahulah sampai bila kedua-dua pantai ini dapat dipertahankan. Bagi golongan rakyat marhain yang perlukan segar angin pantai di hujung benua Asia ini, ianya sangat mengesankan kerana dinikmati secara percuma.

Mungkinkah tahun 2009 akan meneruskan kerja-kerja pemusnahan pantai Lido?. Sudah pun terdengar pemajuan dari sambungan pembangunan Danga Bay telah diluluskan oleh Kerajaan Johor.

Maka akan tinggallah kenang-kenangan indah warga asal Johor Bahru yang dulunya dikenali sebagai Tanjung Puteri dengan pelbagai kesah dan sejarah. Isteriku pernah menceritakan bagaimana semasa kecilnya sering mandi manda di pantai Lido sambil mencari kerang dan kepah.

Rasanya ingin saja malam ini untuk kesana sambil menyanyi dan menghayati alunan dan lirik lagu Tajuk Johor Tanjung Puteri. Memang indah bait-bait senikata lagu ini. Sayangnnya mungkin ia tidak lagi sesuai untuk dinyanyikan kerana tidak lagi mencerminkan keadaan sebenar:

Tajuk Johor Tanjung Puteri
Selat Tebrau airnya biru
Di Pantai Lido tepian mandi
Sepanjang masa di hari minggu

Atas bukit Tanjung Puteri
Taman hiburan indah berseri
Pemandangan menawan hati
Jalan tambak hubungan negeri

( korus )
Tanjung Sekijang nun di kuala
Tempat nelayan mengail gelama
Istana Hinggap di Kuala Danga
Pantai berkelah keluarga diRaja

Dari Tebrau orang berakit
Singgah Stulang membeli kopi
Pusara Si Bongkok di lereng bukit
Di tepi pantai Tanjung Puteri

Cerucuk di Pantai Lido, Selat Tebrau

Selesai perbincangan, saya membatalkan rancangan awal untuk ke pantai Lido atau Stulang disebabkan tidak mahu tersekat dalam kesesakan lalulintas. Maklum saja malam-malam seperti ini memang ramai yang akan ke sana terutama anak-anak muda. Dan biasanya juga pihak Polis akan mengadakan sekatan lalulintas atau menjalankan operasi pencegahan lumba haram dan mat rempit.

Saya terus mencari santapan malam. Mee Bandung di Jalan Dato' Musa Tampoi menjadi pilihan kerana rasanya memang enak dan lebih hebat dari Mee Bandung di Bandar Muar.

Di rumah, masih terngiang lagu Tajuk Johor kerana senikatanya yang indah sudah tidak lagi releven untuk masa ini dan mendatang.

Teringat juga kepada Dato' Ghani, Menteri Besar Johor yang mempunyai jasa besar mengembangkan seni budaya Johor seperti ghazal, zapin dan sebagainya. Tapi dia mungkin terlupa dengan senikata lagu Tajuk Johor Tanjung Puteri.

Selamat tinggal tahun 2008 dengan segala kenangan.
.

3 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

can u leave ur phone number to me???

Tanpa Nama berkata...

After reading the information, I may have different views, but I do think this is good BLOG!

Tanpa Nama berkata...

If you could give more detailed information on some, I think it is even more perfect, and I need to obtain more information!
decorative fishing net