Radio Internet FuhYooFm

Ahad, April 19, 2009

PROGRAM BIRO LATIHAN UMNO BAHAGIAN JOHOR BAHRU

.
Pentadbiran yang cekap dan efisien memainkan peranan yang amat penting di dalam sebuah organisasi yang berjaya.

Memandangkan sistem pentadbiran yang cekap adalah elemen yang utama, Biro Latihan UMNO Bahagian Johor Bahru dibawah pimpinan Hjh Saadiah Hussin, telah mengambil inisiatif menganjurkan kursus, ramah mesra dan dialog bersama Ahli Parlimen Johor Bahru merangkap Ketua UMNO Bahagian, YB Dato' Shahrir bin Abd Samad bersama pimpinan Bahagian dan Ahli-Ahli Majlis Bandaraya Johor Bahru.

Majlis yang diadakan di Institut Perguruan Temenggong Ibrahim, Johor Bahru pada 18 April 2009 bermula jam 2.00 petang telah mendapat penyertaan ramai dari cawangan-cawangan.







2 ulasan:

Kawanlama berkata...

Saudara Sunawan,

Nampak macam disertai oleh peserta perempuan sahaja. Betulke?

SUNAWAN berkata...

Ramai yang hadir cuma perempuan lebih ramai. Ucapan Datuk Shahrir menyatakan kebanggaan beliau atas kehadiran yang agak ramai.