Radio Internet FuhYooFm

Selasa, Mei 12, 2009

Nizar kembali MB Perak selepas 96 hari

.

KUALA LUMPUR: Selepas 96 hari, Datuk Seri Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin dari Pakatan Rakyat diisytiharkan sebagai Menteri Besar sah, tetapi keputusan semalam belum memberi petanda jelas sama ada krisis politik Perak yang memasuki bulan ketiga akan menemui jalan penyelesaian.

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur mengumumkan keputusan itu kira-kira pukul 3.45 petang semalam.

Datuk Seri Dr. Zambry Abdul Kadir daripada Barisan Nasional (BN) yang mengambil alih tampuk kerajaan negeri 6 Februari lalu berada di bangunan SUK Perak.

Ratusan penyokong Nizar berhimpun di pekarangan Kompleks Mahkamah Jalan Duta sejak tengah hari tadi dengan kawalan keselamatan ketat.

ALASAN MAHKAMAH

Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Abdul Aziz Abdul Rahim memutuskan demikian selepas mendapati kerusi itu tidak kosong kerana Nizar tidak pernah meletak jawatan.

Selain itu tiada sebarang usul undi tidak percaya dibawa terhadap Nizar yang menyebabkan beliau hilang kepercayaan majoriti pada sidang Dewan Undangan Negeri (DUN).

"Bagaimana seseorang boleh mengatakan yang pemohon (Nizar) telah hilang kepercayaan majoriti mengikut Perkara 16(6) Undang-undang Tubuh Negeri Perak?"

"Berdasarkan amalan demokrasi, isu kehilangan kepercayaan majoriti hanya boleh diambil kira melalui undi tidak percaya terhadap pemohon (Nizar), hanya melalui cara ini Menteri Besar boleh disingkirkan," katanya.

Mahkamah juga menolak permohonan peguam Zambry, Datuk Cecil Abraham untuk menangguhkan keputusan pengesahan kedudukan Nizar sebagai MB Perak tetapi mereka boleh mengemukakan rayuan.

Dalam kertas penghakiman yang dibacakan lebih satu jam bermula pukul 2.30 petang itu, Abdul Aziz berkata, satu-satunya cara untuk melucutkan jawatan Nizar sebagai Menteri Besar adalah melalui keputusan undi tidak percaya dalam sidang DUN.

Beliau berkata, tindakan Barisan Nasional (BN) membawa 31 ADUN termasuk tiga wakil rakyat Bebas menghadap Sultan Perak telah menyebabkan bukti yang menunjukkan Nizar kehilangan undi majoriti itu datang daripada pelbagai sumber.

Abdul Aziz berkata, seorang Menteri Besar tidak boleh dipecat oleh Sultan Perak atas alasan beliau tidak boleh memegang jawatan itu tanpa perkenan sultan.

Pemecatan Menteri Besar oleh Sultan Perak tidak disokong oleh Perkara 16(6) Undang-undang Tubuh Negeri Perak, katanya.

Katanya, walaupun Sultan Perak mempunyai kuasa mutlak dalam pelantikan Menteri Besar, seorang Menteri Besar sebaik dilantik hanya bertanggungjawab kepada anggota DUN yang dipilih dan tidak kepada mana-mana pihak yang lain.

Beliau juga menolak hujah Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail selaku pencelah, bahawa hanya dalam dua keadaan yang membolehkan Menteri Besar boleh memohon untuk membubarkan DUN iaitu apabila tempoh penggal Dewan telah hampir tamat, iaitu di bawah Perkara 36(2) dan satu lagi apabila beliau berhenti mendapat kuasa daripada majoriti.

Beliau juga tidak bersetuju dengan hujah Abdul Gani dan Dr Zambry sebelum ini bahawa Nizar dianggap telah meletakkan jawatan sebagai Menteri Besar walaupun beliau (Nizar) enggan berbuat demikian.

Abdul Aziz berkata, mahkamah tidak mempersoalkan keputusan Sultan Perak yang menolak permohonan itu kerana ia tidak berjustifikasi.

"Tidak diragui bahawa Duli Yang Maha Mulia mempunyai bidang kuasa mutlak untuk tidak memperkenankan permohonan bagi pembubaran," katanya.

- mStar Online

3 ulasan:

Anuar Ibrahim berkata...

Assalamualaikum..
En Mohd Sunawan, Saya Anuar, sekarang bekerja di Pasir Mas Kelantan.
Sy bukan nak komen apa2 yg En Sunawan tulis. Cumanya, saya ada beberapa soalan mengenai kejiranan En Sunawan.
Sebelum bertanya, izinkan saya minta consent en sunawan dahulu. Kalau En Sunawan Setuju untuk di tanya, katakan ya di ruang comment ini.
Jangan risau ye En. Sunawan, sy bukan bertanya yg bukan2 tapi sy ingin mencari seseorang yg di kenali sekian lama (jejak kasih) yg duduknya di Bandar Baru Uda, Jalan Padi Ria.

Tanpa Nama berkata...

Anuar Ibrahim,

Silakan.

Tanpa Nama berkata...

Anuar Ibrahim,

email kepada saya sunawanbbu@gmail.com