Radio Internet FuhYooFm

Sabtu, Mei 23, 2009

PRK MANIK URAI: BUI PITIH AMBIK, BUI KAIN PAKAI.. TAPI UNDI?

.
Saya salinsemula sebahagian para dalam blog OTAI http://ramlyotai.blogspot.com/ yang bertajuk DUN MANAIK URAI BUI PETIH AMBIK:

AHA3... KALI INI SAMPAILAH GILIRAN KELATE PULAK NAK UJI 1MALAYSIA. KOMPONG MANEK URAI TU KAWASAN KESEDAR DAN BANYAK PEMBANGUNAN DIBUAT DI SITU SEJAK OTAI KECIK LAGI. TAPI KAWASAN TU MAKAN UMPAN SAHAJA KERANA IKAN NYA AMAT CERDEK DAN OPUTUNIS.

MAKA JANGAN TERKEJUT DI SINI AKAN KELUAR FATWA TOK GURU "BUI PITIH AMBIK, BUI KAIN PAKAI.. TAPI UNDI?" ITULAH AJARAN MAKAN DALAM BAIK DAN MAKAN GU YANG DITANAM SEJAK DULU LAGI. OTAI ADALAH PRODUK DARI BUDAYA ATAU MERAKYATKAN "BUI PITIH AMBIK" TU... TAPI TAK SUKA PERANGAI TU SEBAB TAK KENANG BUDI ORANG.

Saya tertarik kerana sekiranya benar fatwa Tok Guru (Nik Aziz?) "Bui pitih ambik, bui kain pakai.. tapi undi?" yang bermaksud beri duit dan kain, ambil dan gunakan saja tapi undi?, tentulah yang dimaksudkan adalah kiranya BN beri duit dan kain jangan ditolak tetapi tidak memberi undi kepadanya.

Kalaulah benar ungkapan ini yang digunakan oleh seorang yang dikatakan Tok Guru dan begitu diagung-agungkan, tidakkah ini merupakan satu fatwa yang menunjukkan sikapnya yang tidak bermoral?.

Dalam blog OTAI, beliau menyatakan bahawa pengundi Manik Urai sebahagiannya terletak dalam kawasan KESEDAR yang telah menerima nikmat pembangunan. Kita tidak menafikan bahawa KESEDAR adalah projek Kerajaan Persekutuan yang diterajui oleh BN. Tidakkah nikmat pembangunan itu juga serupa pitih yang diberi?.

Tidakkah ini seperti diberi bunga tapi dibalas tuba. Perkataan inilah yang sesuai diungkapkan kepada mereka yang tidak membalas budi dan jasa.

2 ulasan:

jb blogger berkata...

Salam , tak payah sibuk kat manik urai ke , penanti ke ...
jb ingat dah ok ke ?
taraf hidup yang meningkat... cukai yang menyeksa rakyat ...
jenayah banyak ....
gejala sosial makin teruk... kes dadah , pelacuran ,pecah rumah , kes ragut ...
tolong jaga kebajikan penduduk johor bahru di utamakan...
tidak mustahil kubu kuat umno akan tinggal kenangan dalam lipatan sejarah ...

zul berkata...

untuk mengajar mereka yg suka mengula2kan org2 susah mmg patut.