Lihat gambar yang disiar di New Straits Times pada hari Sabtu yang menjadi kontrovesi. Pada hari Jumaat minggu lalu, bekas Menteri Besar Perak dari Pakatan Rakyat, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin telah menyertai majlis nyalaan lilin di Ipoh bagi memperingati kematian Pembantu Khas Exco Negeri Selangor, Teoh Beng Hock.
Berbangkit dari isu ini, saya paparkan cuplikan komen-komen dari beberapa orang yang saya fikir mempunyai asas pemikiran masing-masing apabila ia dibangkitkan oleh Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir, Menteri Besar Perak yang meminta golongan ulamak PAS memberi penjelasan.
Pertama - Datuk Nik Aziz Nik Mat, Mursyidul Am PAS yang juga Menteri Besar Kelantan ketika diajukan pertanyaan Dr Zambry, beliau memberi jawapan berikut:
"Zambry ni orang politik bukan orang kaji Islam, apa kena mengena dengan fatwa agama, fatwa demokrasi pun tak pakai, itu pandangan saya."
"Zambry yang bertanya ..., usah akan fatwa Islam, fatwa demokrasi pun tak pakai, siapa yang halau Menteri Besar dan rampas Dewan, tiap-tiap wakil rakyat yang masuk Dewan melalui mengundi dan bukan melalui sogok."
"Dia orang politik, saya jawab cara politiklah,"
Beberapa hari selepas itu, Datuk Nik Aziz mengakui bahawa perbuatan memegang lilin di majlis memperingati kematian orang bukan Islam adalah sesuatu yang meragukan tetapi berpendapat perbuatan itu tidak haram di sisi Islam.
Katanya, perbuatan itu tidak bercanggah dengan agama jika umat Islam dapat membezakan antara adat resam dan budaya dengan agama sesuatu kaum.
"Tapi saya, selalu (apabila) orang (beragama) Hindu jemput saya pergi ke majlis dia, Cina jemput pergi ke majlis dia, saya akan tanya ini agama ke atau adat resam, saya kata kalau agama saya tak boleh pergi tapi kalau adat resam saya boleh,"
Kedua - Prof Datuk Dr Mohammad Yusof Hussain, Rektor Kolej Islam Darul Redzuan menyatakan bahawa tindakan mereka menyertai perhimpunan lilin bagi memperingati kematian, jelas merupakan salah satu upacara dalam agama Kristian.
Beliau berkata, pemimpin terbabit harus sedar bahawa penyertaan mereka dalam urusan agama lain boleh mencacatkan akidah dan jika itu yang berlaku, mereka wajib bertaubat.
Beliau bercakap bukan kerana PAS atau UMNO tetapi atas dasar hukum dan ketetapan dalam Islam, mereka yang terlibat dalam perhimpunan lilin, kesannya amat buruk.
Dr Mohd Yusof menambah, "Saya bersetuju perbuatan ini boleh mencacatkan akidah atau dengan kata lain hukumnya syirik. Dalam perkara ini saya ingin membuat satu persoalan, adakah kita terlalu mengharapkan manfaat dunia yang bersifat sementara hingga sanggup menggadai agama sendiri?"
Ketiga - Prof Datuk Paduka Dr Mahmood Zuhdi Abdul Majid, Pensyarah Jabatan Feqh dan Usul UIAM menegaskan bahawa umat Islam yang menyertai perhimpunan lilin bagi apa tujuan sekalipun, telah melakukan syirik.
Katanya, "Golongan pemimpin atau rakyat beragama Islam harus sedar bahawa tindakan mereka menyertai upacara seperti itu adalah sia-sia dan boleh mendatangkan mudarat terhadap pegangan iktikad seseorang, "
"Saya bercakap dalam konteks hukum kerana akidah merupakan tunjang kepada keimanan dan keislaman seseorang. Apabila akidah rosak, iman dan Islam juga akan menjadi rosak,"
Keempat - Datuk Harun Taib, Ketua Dewan Ulamak PAS menyatakan bahawa majlis menyalakan lilin tersebut sebagai meragukan.
Beliau menjelaskan bahawa sepatutnya Datuk Seri Nizar tidak sepatutnya hadir di majlis tersebut kerana sifatnya yang meragukan.
Seperti juga Datuk Nik Aziz, beberapa hari selepas itu, Datuk Harun Taib menafikan kenyataannya ditujukan kepada mana-mana pihak atau peristiwa ketika mengulas perkara tersebut.
Beliau mendakwa hanya memberi panduan secara umum kerana Islam tidak membuat hukum untuk satu-satu orang, Islam membuat garis panduan untuk semua orang, sebagaimana hadis Rasullallah,
"Ada (keadaan) yang ragu ada yang subahat, orang yang membersihkan dari subahat dia membersihkan imannya, agamanya dan maruahnya, orang yang subahat ini umpama langkah sempadan,"
"Saya tak tujukan kepada dia (Nizar), tapi keadaah umum, ada subahat ada tak subahat, saya kata secara umum, dia (media tersebut) yang tafsir, sepatutnya Nizar tak pergi,"
Kelima - Datuk Husam Musa, Ahli Jawatankuasa PAS Pusat yang juga Ahli Exco Kanan Kelantan dalam laporan akhbar mempertahankan tindakan Datuk Seri Nizar yang menyatakan ia tidak menyalahi ajaran Islam.
Keenam - Tan Sri Harrussani Zakaria, Mufti Kerajaan Negeri Perak meminta mereka yang pernah hadir dalam perhimpunan lilin bagi memperingati kematian hendaklah segera bertaubat kerana perbuatan tersebut jelas bertentangan dengan Islam.
Beliau berkata, Islam tidak pernah berkompromi dalam perkara yang boleh menjejaskan akidah kerana ia merupakan tunjang kepada keimanan dan keislaman seseorang.
"Kita harus jelas tentang perkara ini iaitu setiap majlis yang dianjurkan oleh orang bukan Islam bagi memperingati kematian dalam apa jua bentuk sekalipun adalah haram bagi seseorang Islam menyertainya,"
"Kita (muslim) hanya dibenarkan melakukan ziarah sahaja. Perkara ini jangan dipandang ringan kerana mereka yang melakukannya boleh jatuh syirik. Saya amat berharap umat Islam mengambil berat tentang perkara ini,"
"Orang Islam dilarang meniru cara dan tindak tanduk kaum lain dan ini telahpun dipesan oleh Rasullullah dalam satu hadisnya. Sebagai umatnya kita wajib menjadikan hadis ini sebagai panduan,"
Ketujuh - Komen saya adalah, adakah maksud Ayat 1-6 dalam Surah Al-Kafiruun ini mempunyai kaitan dengan isu ini?
"katakanlah (Wahai Muhammad), Hai orang kafir, Aku tidak akan menyembah apa yang kamu sembah dan kamu tidak mahu menyembah (Allah) apa yang aku sembah. Dan aku tidak akan beribadat secara kamu beribadat dan kamu pula tidak mahu beribadat secara aku beribadat. Bagi kamu agama kamu, dan bagi aku agamaku"

Tiada ulasan:
Catat Ulasan