Radio Internet FuhYooFm

Jumaat, Julai 31, 2009

PROGRAM MEMBUDAYAKAN AL-QURAN

.

Di Johor, program membudayakan al-Quran adalah satu kegiatan yang sudah menjiwai pengamalnya, bukan sahaja di surau-surau dan masjid bahkan di pejabat-pejabat kerajaan dan swasta.

Di pejabat kerajaan, pagi Jumaat merupakan kegiatan yang mesti dilakukan oleh kakitangan muslim sebelum mereka memulakan tugas masing-masing iaitu dengan berkumpul beramai-ramai membaca al-Quran dan tafsirannya.

Begitulah yang berlaku pada Jumaat yang baru lalu, saya dapat bersama-sama kakitangan di Jabatan Kemasyarakatan Majlis Bandaraya Johor Bahru. Kakitangannya tidaklah begitu ramai.

Sekurang-kurangnya dalam tempoh satu jam, mereka dapat juga bersama membaca ayat suci al-Quran dan samping mendengar erti dan tafsiran ayat-ayat yang dibaca.

Tiada ulasan: