Beginikah huluran salam yang tidak disambut?
Tidak ...... Inilah contoh terbaik,
Ketua Pemuda PAS, Nasaruddin Hassan Al-tantawi
menghulurkan salam ketika menyerahkan jemputan wacana ilmiah
kepada Naib Ketua Pemuda UMNO, Datuk Razali Ibrahim

Pernahkah anda melihat seseorang yang tidak mahu menjabat tangan orang yang menghulurkan salam?.
Seumur hidupku, baru petang tadi saya melihat kejadian ini. Ia berlaku kepada Datuk Shahrir Samad yang menghulukan tangan untuk bersalaman kepada individu ini (saya tidak mahu menzahirkan namanya) yang sangat saya kenali. Peristiwa yang berlaku di majlis perkahwinan anak Puan Hajah Radin Maimunah Mohamad di Dewan Raya Jalan Datin Halimah ini sangat memeranjatkan. Ia dilihat oleh beberapa orang tetamu yang berada bersebelahan termasuk isteri Datuk Shahrir.
Apabila salam pertama yang dihulur oleh Datuk Shahrir ditolak olehnya dengan cara menepis huluran salam, Datuk menghulur salam sekali lagi dan sekali lagi ditepis.
Hairannya, selepas menepis salam Datuk Shahrir, beliau menjabat tangan saya tanda menerima salam yang saya hulur disekalikan dengan senyuman.
Peristiwa itu menyebabkan saya dan Haji Mohd Raf Murad berbincang mengenai perkara ini. Saya menyatakan bahawa huluran tangan untuk berjabat salam merupakan satu penghormatan dari seseorang kepada orang lain.
Ia boleh diibaratkan sebagai ucapan salam kerana ia tidak semestinya dilakukan dengan perkataan bahkan boleh dilakukan dengan isyarat seperti membunyikan hon dan sebagainya. Ia boleh dilakukan melalui pelbagai cara mengikut keadaan waktu dan tempat.
Sepotong hadis yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah dari Al-Bukhari menjelaskan perkara ini:
"Memberi salam oleh yang berkenderaan ke atas yang berjalan, yang berjalan ke atas yang duduk, yang sedikit ke atas yang banyak".
Adakah orang yang menolak salam seperti ini boleh diibaratkan sebagai tidak mahu menjawab salam seseorang?. Sekiranya jawapannya adalah "ya", maka sahlah individu ini telah melakukan satu dosa dan tidak akan masuk syurga sebagaimana maksud hadis yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah dari Muslim yang bermaksud:
"Kamu tidak akan masuk ke dalam syurga sehingga kamu beriman, kamu belum beriman (dengan sempurna) sehingga kamu saling sayang menyayangi. Apakah kamu tidak suka ku tunjukkan akan sesuatu yang apabila kamu kerjakan, pasti kamu akan saling sayang menyangi?, sebarkanlah salam di antara kamu,"
Tidakkah sebarkanlah salam ini bermaksud meminta umat Muhammad berkasih sayang dengan memberi salam dan berjabat tangan?.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan