Radio Internet FuhYooFm

Sabtu, Julai 25, 2009

KURSUS PENGURUSAN JENAZAH

.




Sebentar tadi saya baru saja mengikuti kursus pengurusan jenazah yang dianjurkan oleh Masjid Jamek Bandar Baru Uda.

Seramai 30 orang peserta telah mengikuti kursus yang dikendalikan oleh Haji Abdul Rahman Wahab, bilal MJBBU.

Kursus yang mendedahkan konsep pengurusan jenazah dalam Islam ini memberi kefahaman kepada peserta bagaimana untuk menguruskan pemandian dan mengkafankan jenazah lelaki.

Kebanyakan peserta telah menyatakan pengakuan untuk bersama-sama mempraktikkan ilmu yang diberi pada hari ini iaitu dengan membantu Haji Abdul Rahman menguruskan jenazah pada masa akan datang.

Tiada ulasan: