Lawatan kami ke Masjid Kubah Emas Dian Al-Mahri di kelurahan Meruyung, kecematan Limo, kota Depok bukanlah yang kami rancang lebih awal. Saya hanya memberitahu Pak Mulyadi untuk mencari Pondok Pesantren untuk kami lawati.
Syukur Alhamdullillah, Pak Mulyadi dan Pak Bambang telah mencadangkan agar kami melawat ke masjid ini kerana ia mempunyai pelbagai keyunikan.
Kami diberitahu masjid ini mempunyai rancangan untuk mendirikan pesantren sebagai kegiatan untuk masa mendatang. Masjid ini yang dijadikan integrasi dakwah telah menjadi tarikan pelancong dari dalam dan luar negara. Keadaan ini menjadikan persekitaran perkampongan membangun dengan pesat.
Bermula sejarah Masjid Kubah Emas ini adalah pada tahun 1998 apabila seorang wanita bernama Hajah Dian Juriah Maimun Al-Rasyid dan Drs Haji Maimun Al-Rasyid membeli sekeping tanah 70 hektar Kampong Meruyung. Di atas tanah inilah didirikan sebuah masjid seluas 8000 m2 yang boleh menampung 15,000 jemaah untuk menunaikan solat.
Masjid ini telah dirasmikan pada 31.12.2006 oleh pendukungnya iaitu Ibu Hajah Dian Juriah dan beliaulah yang mengeluarkan seluruh perbelanjaan untuk mendirikannya.
Masjid indah ini mempunyai lima kubah mozik dari Itali bersalut emas 24 karet yang melambangkan rukun Islam serta enam menara setinggi 40 meter yang juga disalut emas 24 karet.
Selain di kubah dan menara, salutan emas juga terdapat di tiang pilar, gold plating di lampu gantung, mimbar mehrab, railing tangga mezanin, pagar mezanin serta kalimah kaligrafi di langit-langit kubah.
Difahamkan bahawa sehingga kini hanya ada tujuh masjid di dunia ini yang mempunyai kubah emas. Enam yang lain adalah Masjid Suneri di Lahore, Masjid Sultan di Singapura, Masjid Omar Ali Saifuddin dan Masjid Bandar Seri Bengawan di Brunei, Masjid Al-Askari di Iraq serta Masjid Qubbah As-Sakhrah di Pelastine.

Kita mesti melalui kawasan berair ini untuk
ke ruang solat.
Beginilah keadaan kebanyakan masjid di Indonesia

Ruang menempatkan kasut/selipar.
Seorang petugas wanita berada di situ
disamping tabung untuk sumbangan ikhlas
Seorang petugas wanita berada di situ
disamping tabung untuk sumbangan ikhlas
Tiada ulasan:
Catat Ulasan