Syukur alhamdullillah, rombongan kami seramai 27 orang telah disambut dengan begitu mesra sekali dan diberi jamuan mengikut kemampuannya.
Pengetuanya yang juga pemilik pondok ini, Kiyai Haji Dadang Darrussalam menjelaskan bahawa pelajar mereka terdiri dari anak-anak setempat dalam pelbagai peringkat umur. Terdapat juga anak-anak yatim dan yatim piatu yang ditempatkan di sini. Tiada sebarang bayaran yang dikenakan dan semuanya bergantung kepada usaha pimpinannya dan juga sumbangan penduduk setempat serta mereka yang bersempati.
Selain beramah mesra, kami sempat menunaikan solat di sini dan dapat menggunakan kemudahan mengambil wuduk di kolam air dingin yang mengalir dari perbukitan.
Saya sempat menyerahkan sedikit sumbangan dari Masjid BBU dan ahli-ahli rombongan sebanyak 3 juta rupiah.
Kami sangat terharu apabila Pak Kiyai Haji Darussalam berlingan air mata ketika menerima sumbangan.
Insyaallah, untuk masa mendatang akan diusahakan sumbangan yang lebih tersusun agar ia memberi lebih menfaat.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan