Penerbangan Air Asia yang kami naiki dari Singapura ke
Saya mula mengenali Pak Haji Radin Mulyadi yang senang saya panggil Pak Mul sejak dari tahun 1980an ketika mengikuti rombongan Kementerian Penerangan
Perkenalan tersebut telah membawa hubungan rapat saya dengannya sehingga ke hari ini. Saya sangat berpusahati dengan pelayanannya. Sebab itulah saya sentiasa menggunakan perkhidmatannya terutama segala jadual perjalanan boleh berubah mengikut selera ahli-ahli kumpulan.
Di Bandung kami ditempatkan di Hotel Naval, Jalan Sukajadi. Hotel ini berdekatan dengan pusat membelibelah seperti Paris Van Java, Sogo, Carrefour dan lain-lain.
Pada hari pertama di sini, selepas makan malam kami dibawa membelibelah di Stock Centre yang menjual pakaian kualiti eksport di Jalan Soekarno-Hatta. Saya membeli dua pasang baju lengan pendek, beberapa pasang sarung kaki dan sepasang topi. Harganya memang amat berpatutan dan lebih rendah berbanding di
Pada hari kedua, kami bertolak ke Gunung Tangkuban Perahu pada jam 7.00 pagi waktu
Perjalanan ke pusat pelancongan ini tidaklah menyeronokkan kerana jalannya yang rosak teruk, berlubang-lubang di
Di sini kami banyak mengambil gambar dan tentunya bergambar ramai tanda kenang-kenangan lawatan kami ke tempat lagenda Sang Kuriang.
Selepas lawatan tersebut kami singgah di beberapa pusat membelibelah sehingga lewat malam.
Terima kasih kepada Pak Mul dan Pak Bambang yang menyediakan kenderaan serta melayan kami sehingga kami keletihan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan