Kami membuat keputusan untuk balik ke Johor Bahru melalui Hatyai dengan menaiki keretapi kelas pertama. Jam 3 petang hari Selasa, keretapi mula bergerak ke selatan. Semasa pergi tempoh hari koc berada di hadapan dan sekarang berada di belakang pula, goyangnya pun lebih sedikit.
Di dalam koc, saya bertemu dan berkenalan dengan Samzy Samad. Keluarganya berada di Taman Ungku Tun Aminah, Johor Bahru. Samzy menetap di Kuala Lumpur dan sekarang menjalankan perniagaan disana. Katanya, dia ke Bangkok untuk tujuan mencari peluang perniagaan.
Saya juga berjumpa dengan Allan Tan Cheng Hoe, seorang rakyat Kanada yang berasal dari Melaka. Beliau adalah peranakan Baba Melaka, tidak hairanlah dia begitu fasih berbahasa Melayu. Dia sering berulangalik ke Malaysia walaupun sudah menetap di Vancuver bersama isteri dan kesemua 3 orang anaknya.
Sebelum menaiki keretapi, Rahman memberitahu dia terjumpa Masjid Bangkok dan sempat solat Dhuha. Masjid ini berdekatan dengan hotel yang kami duduki selama 3 malam. Saya rasa terkilan kerana tidak sempat singgah apatah lagi untuk menunaikan solat mahupun iktikaf.
Sepanjang tiga hari di Bangkok saya sempat beberapa kali menunaikan solat di Masjid Haroon yang terletak lebih jauh berbanding Masjid Bangkok. Mengikut Rahman, Masjid Bangkok setinggi tiga tingkat. Sekiranya diizinkan Allah mungkin saya dapat kesana di suatu masa yang lain.
Jam 6.30 pagi atau 7.30 waktu Malaysia, kami sampai di Hatyai dan bermalam untuk semalam lagi di Hotel Montein. Kali ini saya mengambil yang berharga RM50, lengkap dengan bilik tamu dan peti sejuk. Tidak dapat mana-mana hotel di Malaysia dengan harga ini.
Isteriku terlalu mengharap untuk bermalam di Hatyai walaupun saya mempunyai banyak perkara untuk dilakukan di Johor Bahru. Dia memang teringin untuk berurut sekali lagi selain hendak membeli beberapa barangan lain terutama untuk diberi kepada anak-anak.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan