Radio Internet FuhYooFm

Jumaat, November 13, 2009

MALUNYA BILA RAHMAN KATA BEGINI ...........

.
Abdul Rahman, seorang yang tigasuku umurnya dalam agama Budha menyatakan sesuatu kepada kami ketika melihat seorang Melayu yang tentunya Muslim masuk ke restoran, ketika kami berada di situ. Apa katanya,

“KALAU NAK MAKAN HALAL, JANGANLAH BAWAK YANG HARAM”

Ketika itu kami berada di sebuah restoran halal di Pekan Hatyai.

Saya memang terkejut bila Rahman kata begitu. Mengenali beliau secara dekat, baru kita memahami betapa dia menghayati agama barunya.

Bagi mereka yang baru pertama kali berjumpa dengannya, tentu tidak menduga manusia yang ditemui ini beragama Islam. Sebabnya, dia tidak berpakaian sebagaimana Muslim Melayu apatah lagi Muslim Arab. Dia tidak bersongkok, berbaju Melayu dan berkain pelikat. Pakaiannya cukup menutup aurat dan bersih.

Gaya bahasa Melayunya juga terkadang sukar difahami. Pelat Cinanya pekat sekali. Di Thailand dia fasih berbahasa Thai.

Saya faham apa yang dimaksudkan “KALAU NAK MAKAN HALAL”. Dia tahu manusia Melayu yang masuk ke restoran tadi tidak mahu makanan haram yang banyak merata di Hatyai, Bangkok atau Bandar-bandar lain di seluruh Thailand.

Dan mengapa pula Rahman menyebut “JANGANLAH BAWAK YANG HARAM”. Dia maksudkan perempuan yang dibawanya tentulah perempuan Thailand yang banyak bekerja sebagai pelacur, teman sosial dan juga tukang urut yang memperdagangkan tubuhnya.

Rahman tidak pelik atau tertipu dengan perlakuan mereka disebabkan dia sendiri dibesarkan di sebuah kampong di Thailand berdekatan dengan Laos.

Melihat saja perempuan muda yang berseluar pendek ketat bersama lelaki Melayu tersebut, dia sudah tahu perempuan itu sebenarnya. Tentulah perempuan yang dibawa itu bukan isterinya, sudah tentulah yang haram.

Dua hari dua malam saya berada di Hatyai memang mengesahkan pernyataan Rahman. Berpasang-pasangan pemuda, dewasa dan warga emas dari suku Melayu, Cina dan India yang membawa pasangan muda masing-masing. Isteriku juga menjadi saksi.

Begitulah kata-kata Rahman yang pernah juga mengatakan “DI SINI ORANG MAKAN ORANG” ketika kami melalui Sukhumvit di Kota Bangkok, satu kawasan orang-orang Arab ramai di situ duapuluh tahun lalu.

Dipendekkan cerita, beberapa malam lalu saya dan Rahman pergi ke Sukhumvit dengan menaiki MRT untuk melihat samada orang-orang Arab masih ramai di sana. Kami terkejut kerana banyak banyak bangunan tinggi yang dibangunkan. Suasananya bergemerlapan dengan diselangselingi lampu merah malap.

Ketika kami berdua melalui jalan-jalan di Sukhumvit, kami dipanggil-panggil oleh wanita-wanita yang berpakaian seksi. Itulah syaitan, kata Rahman.

Tiada ulasan: