Dalam blog ini, saya pernah menulis tentang Cikgu Sulaiman Hasrin. Dia pernah mengajar di Sekolah Menengah Dato' Penggawa Barat Pontian pada tahun-tahun 1970an.
Tujuanku adalah untuk mencarinya. Alhamdullillah, pagi ini saya dapat bercakap dengan Ramlah Mohsen (019-6625318), bekas rakan sekolahku. Bersungguh-sungguh Ramlah mencari kawan-kawan lama sehingga dia sanggup ke kampungku dan tentulah dia mendapat nombor telefonku.
Ramlah memberitahu Cikgu Sulaiman yang ketika ini menetap di Muar agak uzur kerana terlibat kemalangan. Saya sangat terharu apabila Ramlah memberitahu Cikgu Sulaiman juga ingin berjumpa denganku.
Hairan juga, mengapa Cikgu yang mengajar matematik ingin menemuiku?. Rasanya, saya seperti pelajar lainnya. Tidak mempunyai sebarang keistimewaan. Kekurangan mungkin ada seperti bercakap gagap sebagaimana seorang lagi pelajar sekelas denganku, Pakarawara atau Pakarawaru. Kelebihan rakan sekelas dan segagap denganku ini pula sangat bijak dalam matematik sehingga guru-guru dan rakan-rakan menggelarnya Pakar Matematik.
Mengikut Ramlah, Cikgu Sulaiman menyebut namaku dan menceritakan beberapa cerita lama semasa di sekolah dahulu. Saya sendiri tidak mengingatinya melainkan bagaimana saya dicubit oleh guru yang kuat semangat kebangsaan ini di perutku.
Menyebut saja nama Cikgu Sulaiman Hasrin di sekolah SDPB, tentu semua muridnya tidak akan lupa senjatanya yang sangat digeruni oleh semua murid-muridnya. Apa dia?, cubitan di pusat dengan cara memulas disertai sorong dan tarik.
Selain guru besar (sekarang dipanggil pengetua) yang bernama Cikgu Yusuf Abdullah atau kami memanggilnya Shintaro, tiada guru lain segarang Cikgu Sulaiman.
Saya masih teringat bagaimana seorang murid sekelas denganku di Tingkatan 3C, Mohd Jali atau mungkin Mohd Jadi (tak berapa ingat) melakukan kesalahan dan dicubit oleh Cikgu Sulaiman. Jali atau Jadi ini agak tinggi lampai. Apabila dicubit, dipulas, disorong dan ditarik, dia terpaksa mengikut rentak tarikan atau sorongan tadi. Sakit, ya memang sakit. Dan apabila dilepaskan cubitan atau pulasannya, terlantar kebelakang rakan ini sehingga pecah beberapa keping cermin tingkap.
Sebab itu, semua murid-muridnya pasti tidak akan melupainya. Dan sekarang, marahkah kami semua dengan tindakan cikgu ini dahulu?. Mengapa kita mesti marah dengannya sekiranya kita melakukan kesalahan dan tidak mengikut nasihatnya.
Ada beberapa pantang larang Cikgu Sulaiman. Diantara yang saya ingat ialah dia tidak mahu melihat kayu pembaris di atas meja, memang pelik bagi seorang guru matematik. Arahannya ialah semua kerja membuat garisan di tepi muka surat hendaklah dibuat di rumah dan bukan dalam kelas.
Perkara lain seperti pakaian mesti bersih walaupun telah lusuh dan koyak. Pantang besarnya ialah tidak membuat kerja rumah. Tiada maaf bagimu, akan lebih banyak kerja rumah yang terpaksa dikerjakan sebagai dendaan selain cubitan dan duduk di luar kelas.
Cikgu Sulaiman adalah seorang yang sangat tegas. Dia pernah membandingkan seorang pembaca berita di televisyen Malaysia dan Singapura. Katanya mengapa pembaca berita berbahasa Melayu membacanya dengan berlagu seolah-oleh tidak bersemangat.
Saya masih teringat, dia memakai talipinggang yang telah terputus tetapi disambung dengan cara mengikat dawai halus. Dan banyak lagi kelainan yang ada pada guru ini.
Saya pasti semua pelajar atau murid-muridnya dahulu yang sekarang tentunya sudah menjadi warga emas sekiranya masih dipanjangkan umur, tidak akan bertindak kepada sekolah atau guru yang mengambil tindakan dendaan serta tatatertib kepada samada anak atau cucunya. Ia kerana mereka pernah merasai lebih dahulu, tentunya tahu kesan dari tindakan tersebut.
Soalnya, kini masih ada lagikah guru-guru seperti Cikgu Sulaiman Hasrin, Cikgu Yusof Abdullah Shintaro atau lain-lain yang semusim dengannya?.
Jawapannya mungkin dahulu lain, sekarang lain. Betul dan natijahnya, dahulu murid tidak berani melawan guru dan sekarang murid boleh kencingkan guru.
Saya sudah bertemu Cikgu Yusuf beberapa kali, tetapi Cikgu Sulaiman... ya.. insyaallah akan kutemui juga nanti.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan