Radio Internet FuhYooFm

Ahad, November 22, 2009

SELAMAT HARI JADI, DATO'

.

Dato' Shahrir meniup lilin
pada hari jadinya ke 60

Hari ini genap umur 60 tahun bagi Dato' Shahrir bin Abd Samad. Dia tidak memberitahu sesiapapun tetapi kami di program pertandingan futsal anjuran KRT Padi Ria Bandar Baru Uda dapat mengesannya.

Seperti amalannya, tepat jam 8 pagi Dato' sampai ke gelanggang futsal KRT Padi Ria untuk majlis perasmian. Ketika menandatangani buku pelawat yang mempunyai ruang untuk mempamirkan nombor kad pengenalannya, kami dapat mengesahkan hari jadinya yang bertepatan pada hari ini.

Jawatankuasa KRT merakamkan rasa gembira dan bangga atas kehadiran wakil rakyatnya. Mengikut Haji Abdullah Saaban, Pengerusi KRT Padi Ria, sepatutnya Dato' Shahrir mengambil cuti dan bersama keluarga untuk merayakan hari jadinya.

Selesai menikmati jamuan, Ustaz Khairuddin Salimin Alhafiz yang juga AJK KRT telah membacakan doa selamat khusus untuk kesejahteraan Dato' Shahrir.

Di sebelah petang, sekali lagi Dato' datang ke Angsana Bandar Baru Uda untuk majlis Konvokesyen Tadika AlHidayah. Selain berucap dan menyampaikan sijil-sijil kepada kanak-kanak Tadika, Dato' telah diminta untuk meniup lilin dan memotong kek hari jadi dengan disaksikan oleh pengunjung di pusat membelibelah Angsana.

"Selamat hari jadi Dato', semoga dipanjangkan umur dan dapat terus memberi perkhidmatan kepada agama, bangsa dan negara".

Tiada ulasan: