Pagi ini saya bersama penniaga-peniaga di Medan Selera Mahsuri BBU dalam kerja-kerja gotong royong membersih gerai.
Peniaga telah memberhentikan perniagaan pada masa gotong royong. Mereka sanggup berbuat demikian demi kebersihan dan keselesaan pengunjung.
Mengikut Hj Najib Salleh, Ketua Bahagian Penjaja Majlis Bandaraya Johor Bahru, gerai-gerai di sini adalah diantara yang terbersih di dalam kawasan dan jagaan MBJB. Beliau yang turut sama dalam program ini berharap keadaan ini dapat dikekalkan.
Program gotong royong ini juga disertai oleh Southern Waste Management iaitu syarikat yang diberi konsesi pembersihan.
Ketika diberi peluang berucap kepada 32 orang penyewa gerai, saya telah menjelaskan beberapa perkara:-
- Berikan keutamaan kepada kebersihan dan mutu makanan.
- Menjelaskan mengenai kadar sewa bulanan yang telah diturunkan kepada RM250.00.
- Patuh membayar sewa bulanan.
- Tunggakan boleh dibayar dengan membayar separuh darinya dan bakinya boleh dibayar secara beransur dengan cara membuat permohonan kepada Majlis.
- Gerai akan disita sekiranya gagal membayar tunggakan.
- Penyewa gerai hendaklah mengumpul dana dengan cara bayaran bulanan untuk digunakan sebagai pembaikan dan penjagaan kawasan gerai.
- Tempat pengumpulan sampah akan ditutup dan sebagai ganti setiap gerai hendaklah menyediakan tong sampah beroda mengikut saiz yang ditetapkan.
- SWM akan mengutip pada setiap malam selepas gerai ditutup (jam 11 malam).
- Permohonan untuk membaikpulih beberapa kerosakan (tandas, tempat mengambil wuduk, ruang solat, kerusi meja, aspal dll.) telah dimajukan kepada pentadbiran Majlis dan sedang menunggu perlaksanaan.
- Berharap penyewa gerai supaya sentiasa bermuafakat dan tidak berlaku pergaduhan.
- Melantik salah seorang penyewa, Ahmad Shoodi sebagai Ahli Jawatankuasa Penduduk Zon Bandar Baru Uda.
Mengakhiri ucapan, saya telah memberi alamat rumah serta nombor telefon bimbit untuk mereka mengadukan sebarang masalah terutama yang berkaitan dengan pentadbiran Majlis Bandaraya.
Selain itu, saya juga menjelaskan bahawa kebiasaannya saya akan berada di pejabat Masjid Jamek BBU dan juga di pejabat Koperasi serta Yayasan Masjid BBU.
Selain itu, saya juga menjelaskan bahawa kebiasaannya saya akan berada di pejabat Masjid Jamek BBU dan juga di pejabat Koperasi serta Yayasan Masjid BBU.
.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan