Radio Internet FuhYooFm

Sabtu, Disember 12, 2009

MELAWAT PASAR TAMAN SRI TEBRAU

.

Diantara program Ahli Parlimen Johor Bahru pada hujung minggu ini adalah melawat Pasar Taman Sri Tebrau. Tujuan lawatan pada petang Jumaat lalu adalah untuk melihat keadaan sebenar pasar yang telah dibina oleh Majlis Bandaran Johor Bahru (sekarang Majlis Bandaraya Johor Bahru) pada tahun 1976.

Pasar yang menempatkan peniaga ikan, daging, sayu-sayuran dan barangan runcit dilihat dalam keadaan uzur dengan kebocoran siling yang begitu ketara. Pusat Penjaja yang menempatkan jualan makanan juga bersebelahan dengan pasar.

Bersama-sama dalam lawatan ini adalah ADUN Stulang, ADUN Tanjung Puteri serta Ahli-Ahli Majlis MBJB dari Parlimen Johor Bahru.

Dalam lawatan hampir satu jam, YB Datuk Shahrir telah mendengar aduan dari peniaga-peniaga dan juga orang awam yang berurusan di pasar berkenaan.

YB Datuk telah diberi penjelasan oleh Pengarah Bangunan MBJB tentang kekangan Majlis untuk memperbaikinya. Ia adalah disebabkan pasar akan dipindahkan dalam projek peswastaan yang telahpun ditandatangani sejak 6 tahun lalu.

Keperihatinan Ahli Parlimen Johor Bahru begitu nyata apabila beliau meminta Majlis Bandaraya Johor Bahru memperbaiki kerosakan dan mengkaji semula perjanjian penswastaan yang telah ditandatangani samada ia boleh dibatalkan.

Tiada ulasan: