Ini adalah kali ke 2, kami dari Masjid Jamek Bandar Baru Uda membuat lawatan ke Yayasan Restu di Shah Alam Selangor. Lawatan pada hari Selasa lalu dengan seramai 7 orang dari Koperasi Masjid BBU adalah untuk mencari ruang perniagaan.
Mengikut Encik Azuan Mohd Shariff, pegawai Yayasan Restu yang menyambut kami menyatakan bahawa organisasi ini tidak bermotifkan keuntungan telah banyak menghasilkan produk kesenian Islam yang tinggi mutunya. Yayasan Restu dikenali sebagai pusat pembinaan mushaf al-Quran dan hadis, pusat seni khat, pusat seni reka motif budaya bangsa, pusat ICT al-Quran, Hadis dan Seni Islam, pusat pendidikan seni Islam, pusat pembangunan produk cenderahati seni Islam dan pusat rekabentuk seni bina dan hiasan dalaman.
Kami mengambil peluang untuk memasarkan produk berkenaan khususnya di daerah Johor Bahru.
Sebagai langkah pertama, produk cenderahati telah kami bawa balik untuk dijual di Kiosk Kariah Masjid Bandar Baru Uda. Kiosk yang terletak bersebelahan pintu masuk masjid telah mula beroperasi pada minggu lalu.
Sebelum melangkah pulang, kami juga telah berjanji untuk memberi kerjasama erat dengan Yayasan Restu dalam hubungan yang lebih meluas kerana dengannya organisasi ini dan masjid kami akan dapat mencapai cita-cita seni dan syiar Islam.
Kompleks Taman Seni Islam Selangor,
No. 2A, Persiaran Damai, Seksyen 10,
40100 Shah Alam, Selangor DE.
Tel: 0355119001/9002/9003, Faks: 0355123788/3780
Website: http://www.mushaf.com.my

Tiada ulasan:
Catat Ulasan