Buat pertama kali Masjid Jamek Bandar Baru Uda menerima pelawat yang khusus untuk mengetahui dan mempelajari bagaimana Jawatankuasa dan kariah dapat mengimarahkan masjid sehingga dikenali di seluruh negara.
Mengikut Sdr Zulkifli Ahmad, Setiausaha Masjid Ar-Raudah Taman Rasa Sayang Senawang yang menjadi ketua rombongan seramai 40 orang, persetujuan mereka datang adalah selepas membaca maklumat MJBBU di dalam Majalah Melania.
Taman Rasa Sayang hanya mempunyai 200 buah rumah. Begitupun mereka mempunyai kesepaduan yang intim sehingga dapat memadukan 10 badan-badan yang turut sama menghatar perwakilan dalam rombongan ini.
Lawatan ke Masjid BBU selama 2 hari pada hari Sabtu dan Ahad minggu ini mendapat sokongan dari YAB Datuk Seri Utama Haji Mohammad Haji Hassan, Menteri Besar Negeri Sembilan yang turut sama dalam majlis merai dan mendoakan pemergian ahli-ahli rombongan.
Semasa berada di Masjid BBU, mereka telah diberi taklimat serta bertukar pandangan untuk mereka lebih mendalami ilmu serta mendapat kefahaman mendalam untuk menjadikan masjid mereka sebagai pusat komuniti.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan