Radio Internet FuhYooFm

Ahad, Disember 20, 2009

SALAM DARI PHNOM PENH

.
Hari ini adalah hari keempat saya berada di bumi Kemboja bersama 38 orang lain dari Kelab Warga Emas Bandar Baru Uda. Kami menjejaki Lapangterbang Siem Reap pada pagi hari Khamis dan terus melawat beberapa tempat yang mungkin tidak menarik tetapi mempunyai banyak pengertian.

Menarik atau tidak, ia bergantung kepada setiap pengunjungnya. Sebagai contoh, melawat pesisir sungai di Tasek Tonle Sap yang dipenuhi oleh sebahagian besar pendatang dari Vieatnam mungkin tidak menarik kerana keadaannya yang tidak terurus. Mereka menduduki rumah atas air. Keadaannya memang memilukan. Bayi yang masih kecil dikendong kehulu hilir untuk mendapatkan simpati pelancong. Berbagai lagi pemandangan yang boleh dilihat sehingga boleh menyesakkan hati.

Hari ini saya tidak dapat meneruskan penceritaan lawatan di sini kerana ketika inipun saya mengambil peluang di ruang ini hanya kerana menunggu rakan-rakan ahli rombongan membelibelah di Central Market.

Insyaallah, saya akan menceritakan lebih lanjut setelah saya balik ke Johor Bahru.

Tiada ulasan: