Radio Internet FuhYooFm

Rabu, Disember 23, 2009

JUMPA ABANG BALIK DARI MEKAH

.

Hasrat berjumpa abang Asmuni dan isterinya setelah balik dari menunaikan fardhu haji tertunai juga walau sedikit lewat.

Sengaja saya singgah di Taman Sri Serdang walapun saya mengetuai 39 orang yang sedang dalam perjalanan balik dari Kampuchea. Mereka menaiki bas ke Johor Bahru dan saya terus ke rumahnya dari KLIA.

Terima kasih kepada "Boy" anak keempat abang Asmuni yang mengambilku di airport.

Saya diberitahu abang kurang sihat pagi itu dan terpaksa ke hospital untuk mendapatkan rawatan. Begitu juga dengan Kak Nor yang batuk, penyakit kelaziman yang dibawa dari Mekah.

Saya tidak mempunyai banyak masa untuk berbual dengan kedua-duanya kerana mesti pulang awal. Esoknya saya akan menghadiri mesyuarat di Majlis Bandaraya Johor Bahru pagi dan petang.

Walaupun sekejap, dapat juga dia menceritakan beberapa peristiwa di tanah suci seperti ketika berlaku hujan, solat Jumaat sebelum hari Wukuf, merentasi trowong Muaasim dan sebagainya.

Terkejut juga bila diberitau abang berkemah di Muaasim. Dia mengikuti pakej Tabung Haji, berbelanja hampir RM20 ribu untuk seorang. Adikku, Ahmadon yang juga kesana pada tahun ini melalui Muaassah juga ditempatkan di Muaasim.

Bagaimana mungkin pakej RM20 ribu juga terpaksa bersusah payah seperti mereka yang melalui Muaassah?.

Adakah ini dari ketentuan dariNya atau padah kepada mereka yang tidak sanggup menunggu lama untuk ke tanah suci.

Saya teringat kepada abang iparku, Jaafar yang ditempatkan di Hotel Hilton mungkin 5 atau 6 tahun lalu walaupun ia mengikuti rombongan Muaassah.


Ketika melangkah balik, abang memberi senaskah al-Quran kecil. Ia begitu kecil sehingga boleh dimuatkan di kocek baju.

Saya dan isteriku langsung tidak terfikir untuk mendapatkan hadiah atau ole-ole kerana yang penting dapat bertemu dan bertanya kabar.

Tiada ulasan: