Hari keempat di bumi Kemboja, perjalanan kami adalah di Siem Reap ke Phnom Penh. Pada tigasuku perjalanan, kami singgah di Masjid Al-Rahman Kampong Kunathari.
Mesjidnya terletak di tebing Sungai Tonle Sap. Saya sempat meninjau sungai yang agak luas dengan tebingnya berpasir. Sungai ini menjadi nadi kehidupan 780 keluarga Islam berketurunan Champa kerana kebanyakannya adalah nelayan.
Lihatlah gambar yang dirakamkan dari pintu masjid, terdapat banyak sampan atau bot-bot kecil yang digunakan untuk menangkap ikan. Airnya tenang, tidak berombak. Mungkin begitulah kehidupan penduduk di sini, tenang dengan hidup ala kadar.

Di sini sambutannnya begitu mesra. Beberapa orang jemaah lelaki dan wanita menunggu termasuk ketua masyarakat dan imam serta guru-guru agama.
Setibanya di masjid ini, kami menunaikan solat jamak dan kasar Zuhar Asar berimamkan Haji Muslim. Beliau adalah bekas guru yang sekarang menetap dan berniaga kedai runcit di Kg Sungai Gatom Labis.
Sesudah solat, kami menikmati jamuan yang telah tersedia. Makan berempat untuk satu hidangan berlapiskan tikar (mungkin tikar mengkuang). Kami duduk bersila dan beratur panjang.

Hidangan yang disediakan memang lazat, tidak berbeza dengan masakan Melayu di negara sendiri. Setiap hidangan terdapat seekor ikan haruan bakar dengan cecah sambal cair.
Apabila melihat nasi diletak dalam besen dengan pinggan mungkum dan basoh tangan dalam mangkok, teringat saya kepada cara makanan yang dihidangkan di kampong tradisional kita. Cuma bezanya ialah nasi di sini lebih enak disebabkan banyak sawah padi di Kemboja.
Kami diberitahu Kampuchea atau Kemboja adalah negara pengeksport beras terutama ke Thailand. Saya tidak pasti mengapa mengapa dieksport ke negara Gajah Putih.
Cara makan juga menggunakan garpu asli, tangan dan jari. Tidak ada sudu yang disediakan melainkan sudu untuk mencedok. Ini sangat berbeza dengan masyarakat Indonesia terutama di Tanah Jawa atau Pulau Jawa.
Di Jawa, cara makan mereka terutama di perkampongan menggunakan sudu tanpa garpu. Budaya seperti ini mungkin disebabkan cara kehidupan mereka sebagai petani yang sukar untuk mencuci tangan ketika bertani.
Di Pulau Jawa, antara masalah besar mereka adalah air dan ini sangat berbeza dengan Kemboja yang terlebih air. Tanah-tanah dan perkampongan di kiri kanan Sungai serta Tasek Tonle Sap akan banjir pada bulan Ogos hingga Disember.

Usai makan, saya menyampaikan ucapan terima kasih dan salam dari Jawatankuasa Masijid BBU kerana sudi menerima rombongan kami serta disediakan jamuan tengahari.
Tidak ketinggalan juga ucapan terima kasih kepada Us Ashari, ketua masyarakat yang juga abang kepada Us Musa yang kami temui di Masjid Seam Reap.

Sumbangan dari masjid dan rakan-rakan lain berupa Yaassin, Muqadam dan al-Quran dapat kami serahkan kepada Imam Haji Mohd Salleh bin Toib.
Sebelum melangkah keluar dari masjid, kami bersalam-salaman dengan begitu mesra dan berharap akan berjumpa lagi pada suatu masa yang lain.

Bersebelahan masjid, terdapat sebuah bangunan yang mempunyai 4 bilik darjah. Ia digunakan sebagai tempat pembelajaran sekolah kebangsaan dan sekolah agama.
Bilik pertama adalah sekolah kebangsaan. Di bilik ini terdapat hampir 40 orang murid yang kesemuanya perempuan sedang terkun belajar. Seorang guru lelaki (bukan Islam) sedang mengajar. Saya tidak pasti mata pelajar yang diajar kerana mereka menggunakan bahasa ibunda (Khmer).
Tiga bilik yang lain digunakan sebagai kelas agama dengan beberapa orang ustaz sedang mengajar. Istimewanya ialah mereka menggunakan kitab dan bertutur dalam bahasa Melayu serta Arab.
Untuk kelas agama, mereka tidak mempunyai uniform khusus sebaliknya boleh menggunakan sebarang pakaian yang menutup aurat.

Berdekatan bangunan sekolah, terdapat masjid lama yang agak kecil dan digunakan untuk kelas anak-anak pra-sekolah.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan