Radio Internet FuhYooFm

Jumaat, Januari 22, 2010

LAWATAN AHLI MAJLIS MBJB KE ZON KEBUN TEH

.
Petang tadi saya mengikuti lawatan yang dianjurkan oleh Ahli Parlimen Johor Bahru, Dato' Shahrir Samad ke Zon Kebun Teh. Zon MBJB ini diwakili oleh Puan Hjh Salmah Saffar, Ketua Wanita UMNO Bahagian Johor Bahru.

Lawatan ke zon-zon MBJB dalam Parlimen Johor Bahru adalah jadual yang telah ditetapkan oleh Dato' Shahrir untuk tujuan mengenalpasti masalah setempat disamping mencari jalan penyelesaiannya.

Semua lawatan seperti ini akan dilakukan oleh Ahli-Ahli Majlis dari Parlimen Johor Bahru dan dari semua parti yang mewakilinya seperti UMNO, MCA, MIC dan PGRM. Bagaimanapun, untuk lawatan hari ini, hanya 5 orang Ahli Majlis dari UMNO yang turut bersama iaitu Hjh Salmah Saffar, Azman Dawam, Khalid Mohamad, Datuk Yahya Jaafar dan saya sendiri.

Beberapa tempat lawatan yang menjadi fokus adalah:-
  • Kawasan sering banjir di Jalan Ole-Ole, Kg Kurnia
  • Tasek jadian di Southern City
  • Rumah kosong di Taman Kebun Teh
Turut sama dalam lawatan ini adalah pegawai-pegawai dari Majlis Bandaraya Johor Bahru.

5 ulasan:

Nadri Mohd berkata...

rajin jgk dato' shahrir turun padang..

abg ikut serta acara pengebumian almarhum sultan iskandar siang tadi???

SUNAWAN berkata...

Tidak sebab ada majlis baca yasin tahlil di Sri Medan, saya akan buat entri kalau ada masa. Dari sana terus balik kampong jumpa emak. Ha.. dah tau cerita sape Nadri ni sekarang.

Nadri Mohd berkata...

baguslah kalau abg dah tahu. yg penting kita sekampung.

petang semalam saya sempat menziarahi makam Sultan Johor. insyaallah nnti saya uploadkn gambar2 dkt blog saya.

SUNAWAN berkata...

Boleh saya salin kan?

Nadri Mohd berkata...

boleh. apa salahnya.