Radio Internet FuhYooFm

Sabtu, Januari 30, 2010

PELAJAR AWAL SEKOLAH KEBANGSAAN SRI SENANG HATI, BENUT, PONTIAN

.
Align CentreHjh Fatimah Maskom

Saya sedang berusaha mendapatkan maklumat Sekolah Kebangsaan Sri Senang Hati, Benut, Pontian, Johor. Saya adalah salah seorang murid yang pernah mendapatkan ilmu pembelajaran sekolah rendah sejak dari tahun 1958 hingga 1961.

Mengapa sekolah ini diberi nama 'Senang Hati', masih belum mendapat jawapan tepat. Mungkin ia ada kaitan dengan nama kampong dimana sekolah ini terletak. Kampong yang dimaksudkan adalah Kampong Parit Peteri Menangis. Maksud Peteri Menangis di sini ialah Puteri Menangis.

Tentang Puteri Menangis, saya telah diberitahu oelh emak (ibu saya) bahawa ketika dahulu memang pernah kelihatan seorang wanita muda sedang menangis melalui perkampongan tersebut. Beberapa penduduk kampong pernah terjumpa beberapa kali sehingga kampong tersebut dinamakan Kampong Parit Peteri Menangis.

Bapa saya, Md Som (tulisan jawi Ma'asom) Bin Abdul Rahman lahir di Desa Pekalongan, Pati, Jawa Tengah adalah orang yang bertanggungjawab menubuhkan sekolah berkenaan. Insan ini yang juga dikenali sebagai Haji Tohir selepas menunaikan fardu haji, saya memanggilnya 'bapak' telah dilantik sebagai Ketua Kampong oleh Kerajaan Johor dengan elaun 100 ringgit setahun.

Hj Md Som bin Abdul Rahman

Pada awal tahun 50an, bapak telah menemui Wan Man, seorang Pegawai Pelajaran dari Melaka dan membincangkan pembinaan sebuah sekolah. Penduduk dari beberapa buah kampong berdekatan seperi Parit Tengah, Parit Salleh, Parit Gantong dan Parit Peteri Menangis sendiri telah bergotong royong membina sebuah bangunan 2 bilik untuk dijadikan tempat pembelajaran.

Saya masih teringat bagaimana saya ketika berumur 3 tahun telah dibawa oleh bapak untuk sama-sama melihat kerja-kerja gotong royong menyiapkan bangunan sekolah.

Sekolah yang dibina berada 2 kilometer dari jalan besar menghubung Batu Pahat dan Pontian, hanya beratapkan nipah dan berlantaikan tanah. Setiap meja digunakan oleh 2 orang murid. Setiap bilik darjah boleh diduduki oleh 20 orang murid. Guru yang mengajar di peringkat awal ini ialah Ahmad Kasdan, Ibrahim dan Masood Yusof.

Sekolah ini mula digunakan pada tahun 1954. Diantara murid pertamanya ialah Hjh Fatimah Maskon. Beliau adalah sepupu waris saya kerana bapak dan bapanya adalah saudara kandung. Kami sekeluarga memanggilnya Kak Tuginah. Bersama suaminya yang telah meninggal, Abang Bokhari Abd Hamid, ketika ini menetap di Felda Ulu Tebrau dan mempunyai keluarga yang berjaya.

Kak Tuginah hanya belajar hingga ke Darjah 5 kerana sekolah ini tidak dapat mengadakan Darjah 6. Mereka terpaksa meneruskan di Pekan Benut iaitu sejauh 5 kilometer.

Waktu tersebut merupakan satu waktu yang sukar terutama dari segi perhubungan jalan raya. Jalan-jalan di kampong masih lagi tanah liat dan juga menggunakan sungai dan tali air. Sebagai contoh, untuk sampai ke sekolah, Kak Tuginah yang berada di Parit Tengah terpaksa meredah belukar dan perkebunan getah sejauh 2 kilometer.

Bangunan baru Sek Keb Seri Senang Hati
,

3 ulasan:

Nadri Mohd berkata...

menarik fatwa nie bang. klu ada gambar sekolah lama lagi nostalgik.

blh saya ambik isi artikel ini utk dikongsi diblog sya..

sya mmg bangga abg boleh dptkan fakta menarik ini..

SUNAWAN berkata...

Saya tak pasti ada atau tidak gambar lama, mungkin kena cari dgn orang kampong.

Rapizah Zamzam berkata...

saya pun sangat berminat mengetahui hal ehwal sekolah kesayangan saya ni...gambar sekolah lama langsung tiada dalam simpanan saya...izinkan saya share gambar sekolah yg terbaru untuk di letakkan sbagai logo pesbuk sekolah ni...thanksss beribu dari saya..