Saya begitu teringin untuk menceritakan kisah benar yang berlaku kepada seorang wanita Indonesia yang menjadi isteri kedua kepada seorang lelaki Melayu Malaysia di daerah Johor Bahru.
Biarlah saya menyebut wanita ini sebagai 'SI'. Saya baru sekali bertemu dengannya, itupun ketika diperkenalkan oleh isteri selepas kuliah Subuh baru lalu. Orangnya agak cantik dan berumur 24 tahun. Dia telah berkahwin di kampung halamannya (Pulau Jawa) dan mendapat restu dari keluarganya dengan seorang lelaki 30 tahun yang telahpun mempunyai seorang isteri dan anak.
'SI' mengenali latar belakang suaminya dan redha untuk diperisterikan. Memandangkan suaminya bukanlah mempunyai kedudukan kewangan yang baik, dia sanggup menyewa sebuah rumah bersama beberapa orang lain. Dia mengambil sebuah bilik untuknya memadu kasih dengan suami kecintaannya.
Hari-hari awal berumahtangga memanglah semuanya terasa manis dan bahagia. Ia dapat menikmati sebagaimana yang diidaminya walaupun terpaksa berkorban menanggung segala perbelanjaan seperti menyewa rumah, perbelanjaan diri dan harian. Semuanya kerana kecintaannya kepada suami dan mengharapkan kebahagiaan rumah tangga yang dibinanya.
'SI' sedar pendapatannya dalam jualan langsung tidaklah seberapa. Sebagai seorang warga Indonesia, kenalannya tidak begitu ramai dan hanya bergantung kepada rakan-rakan senegara yang berada berdekatan dengannya di samping beberapa orang lain yang mengenalinya.
Masa terus berlalu dan satu insiden yang tidak diduganya berlaku. 'SI' menemui kakak madunya kerana menduga ia akan diterima dengan baik. Malang, sejak pertemuan itu, suaminya mulai kurang menemuinya. Kini, setelah 2 tahun berkahwin dengannya, hampir jarang ia berjumpa walaupun sekali dalam tempuh sebulan!.
Isteri saya mengenalinya di masjid. Jemaah wanita masjid kami pasti mengenalinya walaupun mereka tidak megetahui kecelaruan hidupnya. 'SI' begitu tekun melakukan ibadah walaupun terpaksa berjalan kaki ke masjid begitu jauh. Mungkin ia ingin mengisikan kekosongan atau ingin pasrah kepada Yang Esa bagi menentukan masa depan kehidupannya.
Saya pernah bertanya kepada isteri mengapa ia tidak meminta cerai kerana mempunyai suami yang tidak bertanggungjawab, sebaliknya jawapan yang diberi ialah ia masih sayangkan suaminya.
'SI' masih lagi mengharapkan suaminya walaupun ia redha untuk tidak selalu menemuinya. Ketika ini, ia sanggup melakukan pelbagai kerja seperti menjadi pembantu rumah mengikut hari yang diperlukan atau membantu berjaja di tepi-tepi jalan. Semua pendapatannya hanya cukup untuk menyara hidup hariannya.
Beberapa hari lalu, isteri saya melihat matanya bengkak lantas bertanya apakah dia menangis?.
Jawapannya ringkas "Kak, air mata sudah kering, tidak ada lagi yang menitis".

3 ulasan:
bukan wanita Indon aje.....Wanita malaysia pun ada juga mcm...mungkin lebih perit.
salam perkenalan daripada pak lurah semoga bertembungan dialam maya ini membawa ikatan silatuhrahim buat kita selama-lamanya
Meleisia: Saya menyedari perkara itu tetapi bagi rakyat Indonesia memang amat malang bagi mereka.
Pak Lurah: Terima kasih telah melayari blog saya dan banyak pengalaman kita yg boleh dibaca oleh mereka di luar Felda.
Catat Ulasan