Sudah 2 minggu pada setiap hari Ahad, saya membawa saudara kita Mohammed Ali Chit Abdullah mengikuti kelas pengajian di Darul Ukhuwah, beralamat di 223 Jalan Masjid Abu Bakar, Johor Bahru.
Bangunan lama yang telah dibaikpulih ini mula beroperasi pada 13 Julai 2008. Terdapat bangunan tambahan yang telah dibangunkan bagi menampung pelajar yang ingin mengikuti kelas. Banyak kelas yang disediakan terutama bagi menentukan jantina serta tahap pembelajaran.
Bagi pelajar baru seperti Mohammed Ali Chit, beliau ditempatkan di kelas tahap asas. Diantara pelajaran yang diajar termasuk kelas bacaan Iqra' dan fardu ain.
Kelas yang bermula pada jam 9 pagi akan berakhir pada jam 12 tengahari. Setiap pelajar akan diberi elaun tambang perjalanan pergi dan balik.
Selain hari Ahad, kelas juga diadakan pada pagi Khamis dan malam Isnin, Khamis serta Jumaat. Mereka yang tidak dapat mengikuti kelas di Darul Ukhuwah, mereka juga boleh mengikutinya di Pusat Aktiviti Pasir Gudang, Pusat Aktiviti Taman Desa Cemerlang dan Kelas Saudara Baru Masjid Abidin Taman Skudai Sri Skudai.
Bagi Mohammed Ali Chit, saya masih boleh menghatar dan mengambilnya dari Darul Ukhuwah, namun saya akan mengajarnya bagaimana untuk menaiki kenderaan awam seperti bas. Dia mengaku walaupun telah 2 tahun berada di Johor Bahru, namun ia tidak pernah menaiki bas atau bersiar-siar di luar dari kawasan Tampoi.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan