Radio Internet FuhYooFm

Isnin, April 26, 2010

RAMAH MESRA PENDUDUK PANGSAPURI PANTI

.
Malam semalam, saya menghadiri majlis ramah mesra yang dianjurkan oleh Jawatankuasa Penduduk Apartmen Panti, Jalan Padi Emas, BBU. Tetamu utama dalam majlis ini adalah YB Hj Adam Sumiru, ADUN Tanjung Puteri. Turut sama dalam majlis ini adalah RAzmi Md Aris yang merupakan Ketua Kampong yang bertanggungjawab kepada penduduk Bandar Baru Uda.

Penduduk kawasan ini sebahagian besarnya adalah pemilik rumah pangsa kos sederhana rendah berharga RM80,000 dan baru saja mendudukinya sejak 4 bulan yang lalu.

Walaupun mereka baru mendiami kawasan ini, kesepaduan mereka terbukti apabila berjaya menubuhkan jawatankuasa dan telah mengadakan beberapa kegiatan termasuk majlis yassin tahlil dan kegiatan sukan.

Masalah utama yang dibangkitkan adalah ketiadaan surau untuk melakukan solat berjemaah dan yang lebih penting adalah untuk melakukan solat Taraweh pada bulan Ramadhan yang akan datang.

Sebagai Ahli Majlis bagi kawasan ini, saya telah menemui Encik Arbain, Pengurus Eksekutif Uda Land Bhd, iaitu pemaju yang terbabit dengan pembangunan ini dan diberitahu bahawa sebuah bilik bacaan sedang dalam proses tender dan akan dibangunakan tidak berapa lama lagi. Bilik Bacaan ini akan dilengkapkan dengan kerusi meja serta komputer.

Saya telah mencadangkan kepada Jawatankuasa Penduduk supaya menggunakan juga bilik bacaan ini sebagai surau untuk sementara waktu dan pada masa yang sama menubuhkan jawatankuasa pembinaan surau. Jawatankuasa ini bolehlah mula mengadakan urusan untuk berhubung dengan pihak yang berwajib serta menubuhkan dana untuk membina sebuah surau bersebelahan apartmen berkenaan.

Selain itu, saya juga mencadangkan kepada penduduk supaya terus bersatu dan bekerjasama dalam semua perkara termasuk mempastikan semua pemilik rumah membayar yuran pengurusan bulanan kerana kegagalan mereka akan menyebabkan padah yang besar.

Tiada ulasan: