Bertempat di Restoran Seri Bayu, Larkin Perdana, tengahari tadi diadakan pertemuan Ketua Menteri Melaka, YAB Datuk Seri Mohd Ali Rustam dengan Gerakan Belia 4B Johor dan Alumni 4B Johor.
Sebagai Naib Pengerusi Alumni 4B Johor, pertemuan ini begitu penting walaupun saya mempunyai program lain pada masa yang sama. Datuk Sri adalah Presiden Alumni 4B Malaysia dan hasratnya perlu dipenuhi.
Kedatangannya ke Johor Bahru adalah untuk perjumpaan rasmi dengan YAB Dato' Hj Abdul Ghani Othman, Menteri Besar Johor di Saujana. Beliau yang ditemani oleh YB Datuk Hj Md Yunos Husin, EXCO Melaka berbesar hati dengan pertemuan ini yang disertai oleh Gerakan Belia 4B Johor.
Dalam ucapannya, Datuk Sri mengharapkan hubungan yang lebih rapat diantara semua pihak, bukan sahaja di antara Alumni dan Belia 4B tetapi juga merangkumi dunia lebih luas sehingga ke peringkat antarabangsa.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan