Radio Internet FuhYooFm

Sabtu, Oktober 02, 2010

RUMAH TERBUKA KETUA MENTERI MELAKA DI KUALA LUMPUR

.
Petang semalam, saya meluangkan masa ke Kuala Lumpur untuk perjumpaan Hari Raya yang dibuat oleh YAB Datuk Seri Mohd Ali Rustam, Ketua Menteri Melaka di Lengkok Lengkok Bellamy, Kuala Lumpur.

Dengan menaiki kereta Hj Abd Lah Awang, kami berdua bertolak ke Kuala Lumpur pada jam 5 petang dan mengambil Hj Omar Rupie serta isteri di Simpang Renggam. Kami sampai pada jam 8 malam. Ramai pemimpin yang kami temui khususnya bekas pemimpin Belia 4B yang sekarang menjadi ahli Alumni 4B.

Kedatangan kami disambut oleh YAB Datuk Seri disamping Datin Seri dengan senyuman manisnya. Begitulah gaya dan keistimewaannnya melayan tetamu.

Pelbagai hidangan yang disediakan, bagaimanapun, saya hanya mengambil dua keping ruti canai bersama sepotong ayam masak gulai asam pedas.

Setelah satu setengah jam berada di situ, kami meneruskan perjalan balik dengan singgah di R&R Pagoh untuk solat jamak Isyak dan Maghrib serta mengambil minuman panas.

Saya sampai di rumah pada jam 12.30 malam. Perkara yang pasti apabila menaiki kereta yang dipandu oleh Hj Abd Lah ialah laju dan tidak mengantuk kerana sentiasa berintraksi dengan rakan-rakannya melalui radio.


.

Tiada ulasan: