Kesihatan saya hari ini kurang memuaskan, terasa seperti demam. Saya tidak ke Masjid, sebaliknya selepas solat Subuh, saya mengambil 2 biji Panadol dan menelannya. Badan yang lemah menyebabkan saya kurang bermaya walau sempat juga upload beberapa gambar ke facebook dan update blog ini. Seterusnya, tertidur hingga tengahari.
Selepas mandi dan solat Zohor, saya gagahkan membawa isteri ke beberapa majlis rumah terbuka bersempena Hari Raya. Rumah pertama adalah Tuan Haji Abd Jalil bin Long, pengusaha makanan dan minuman berjenama Jalen di Kampong Bendahara. Memang ramai pengunjungnya. Saya hanya menjamah beberapa potong lemang kosong.

Saya diberitahu terdapat 9 pasukan marhaban wanita yang silih ganti memperdengarkan suara. Difahamkan bahawa secara senyap, kumpulan yang membuat persembahan ini akan diadili untuk diberi hadiah. Memang hebat Hj Jalil ni.
Di rumah Hj Jalil ramai pengunjung terdiri dari masyarakat di perkampungan Kg Bendahara dan juga kunjungan rakan-rakan. Isteri saya sempat bergambar dengan Herdawati Mohamad, Ketua Puteri Cawangan Pekan, Kg Melayu.
Seterusnya saya ke Taman Gembira untuk majlis rumah terbuka Misnan Ahmad, Pengerusi Biro Pembangunan dan Setinggan UMNO Johor Bahru.
Di rumah Misnan, beberapa orang lagi tetamu turut sama datang menikmati jamuan termasuk Hjh Salmah Safar, Ketua Wanita UMNO Bhg Johor Bahru yang juga Ketua Whip MBJB bersama suaminya, Hj Jaafar Mohamad.
Rumah ketiga yang dituju adalah Mohd Ali Khan Isa di Jalan Stulang Laut. Di sini, saya berjumpa dengan Ahli Dewan Undangan Negeri Kawasan Stulang, YB Mok Chek Hau. Selainnya adalah Hj Mohd Said Ibrahim dan Rahmatullah Ajar, kedua-duanya pemimpin masyarakat di Bandar Baru Uda.
Ali Khan memberitahu beliau dan isteri akan menunaikan fardu haji pada tahun ini bersama rombongan kerajaan Johor. Tarikh berangkat adalah pada 13 Oktober melalui Lapangterbang Senai. Mudah-mudahan akan mendapat haji mabrur dan selamat dalam perjalanan pergi dan balik.
Selepas solat Maghrib dan menelan dua biji Panadol, saya ke majlis bacaan Yassin dan tahlil di rumah jiran. Ini adalah perkumpulan tahlil yassin yang mana saya menjadi pengerusinya, pasti saya akan berusaha mengikutinya walaupun dalam keadaan kurang sihat.
Saya bercadang untuk ke majlis perjumpaan Hari Raya anjuran penduduk di Kg Padu, sebuah perkampungan setinggan di dalam Zon Bandar Baru Uda. Bagaimanapun, saya terpaksa membatalkannya dengan menghubungi ketua masyarakat di situ iaitu saudara Dali.
Niat untuk terus berehat tidak kesampaian apabila Hj Nasaruddin Yunus datang ke rumah dan mengajak saya untuk meneruskan berhari raya di majlis rumah terbuka. Saya tidak dapat mengelak dan terus memakai semula pakaian baju Melayu bersamping.
Rumah yang kami tuju adalah Nurani Johar di Desa Melayu, Majidi Baru. Di sana, beberapa orang rakan telah sediaada seperti Khalid Mohamad, Borahan Kassim, Azman Dawam dan lain-lain.
Di rumah Nurani, saya hanya menjamah beberapa cucuk satay sebelum meneruskan perjalanan ke rumah Hj Raihan Baba di Taman Suria.
Rumah Hj Raihan agak lengang mungkin ramai yang telah balik termasuk Dato Shahrir Samad. Begitupun, bagi saya kedatangan ke rumahnya sudah menunjukkan keikhlasan kami untuk berhari raya walaupun waktunya agak terlewat.
Sempat juga saya berbincang dengannya tentang keperluan menganjurkan majlis meraikan bakal-bakal haji yang akan berangkat pada tahun ini. Hj Raihan menyarankan agar saya dapat menghubungi Dato Shahrir bagi menentukan tarikh kelapangannya untuk turut sama hadir dalam majlis berkenaan.
Sekitar jam 12 malam, Hj Nasaruddin membawa saya balik ke rumah.
.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan