Khamis, Ogos 07, 2008
KAMPUCHEA, KAMI INGEN MENEMUIMU
Penerbangan Air Asia ke Siem Reap berlepas pada jam 7.15 pagi, terlewat 15 minit disebabkan mengikut pengiraan anak-anak kapal terdapat terlebih seorang penumpang. Setelah beberapa kali dibuat perkiraan dan semua penumpang diminta mengeluarkan boarding slip, barulah betul penumpang adalah seramai 154 orang, mungkin mereka tersalah kira.
Seperti biasa, saya akan mohon pertolongan dari Yang Maha Esa dengan berdoa agar perjalanan ke Kampuchea ini tidak menempuh sebarang halanagan terutama apabila menaiki kapal terbang. Kalau dibandingkan dengan penerbangan lain, saya memang tidak merasa gementar dengan Air Asia disebabkan keadaan kapal terbang yang dirasakan masih dalam keadaan baru.
Kami duduk di bahagian belakang (ekor). Seorang Mat Salleh dari Australia berada di tepi tingkap. Dia memuji-muji Malaysia jika dibandingkan dengan Negara Asian lain terutama Thailand. Dah sebulan dia berada di Malaysia dan katanya termasuk kali ini, dia dah 10 kali ke negara kita. Ini kali ke dua, ia nak ke Kampuchea.
Mat Salleh ini berumur 61 tahun dan pernah mempunyai seorang isteri warga China. Dia dah lari balik ke negara asal dan membawa sekali seorang anak lelaki. Tidak hairanlah beliau menghabiskan umurnya mengembara ke mana-mana. Agaknhya, boleh ke kita mengikut jejaknya.
Sepanjang dua jam dalam penerbangan memang mendebarkan kerana keadaan cuaca di luar yang mungkin kurang elok. Setelah membaca Berita Harian yang dibeli di Terminal tadi, saya dapat juga mengetuk laptop, sekurang-kurangnnya menghilangkan mengantuk dan mengurangkan kegerunan kerana menaiki kapal terbang hari ini seolah-olah menaiki keretapi dari Johor Bahru ke Kuala Lumpur pada tahun-tahun 1970an dulu.
Krew sudahpun memberi isyarat kapal terbang akan mendarat tidak berapa lama lagi. Jam di tangan menujukkan hampir pukul sembilan pagi. Daratan Siem Reap International Airport sudah semakin jelas seakan melambai kedatangan kami.
Warga Kampuchea, selamat kita bertemu.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan