Radio Internet FuhYooFm

Selasa, Jun 16, 2009

PERUTKU BOROI

.
Ketika saya membelek-belek gambar lawatan ke Beijing, nampak benar perutku yang dah membuncit. Sebelum ni pun dah terasa bila seluar saiz 38 sudah tidak boleh diguna lagi. Apatah lagi apabila ramai rakan-rakan yang menegur saiz badanku yang dah membengkak.

Masalah kegemukan ini mungkin menjadi satu fenomena di Malaysia terutama bagi mereka yang telah meningkat usia. Lihat saja gambar-gambar saya bersama-sama rakan ketika di Beijing.

Bersama Hj Khaidir, bekas pensyarah UTM

Hj Yahya Hamid juga perut sama saiz

Bersama Hj Aziz, seorang Jurutera Bertauliah

Seorang lagi, Hj Othman, pesara Pegawai Imigresen (berbaju putih)

Berbeza pula dengan Rashid (baju biru), beliau masih muda

Melainkan Hj Salam Safar, bekas pensyarah yang ketika ini rajin
mengerjakan ladang kelapa sawit bergambar bersama dua saudara
Muslim Cina serta Ustaz Muaalim

Dari pemerhatian saya di Beijing, memang amat sukar untuk melihat mereka yang gemuk atau berperut buncit. Terlalu jelas perbezaan bentuk badan diantara rakyat Malaysia dan China.

Mungkin beberapa petua dari laman blog ini dapat membantu kita untuk mengempiskan perut dan mengurangkan berat badan.

Membaca dari laman ini tentunya lebih menarik lagi kerana ia menyentuh persoalan kegemukan boleh dikurangkan apabila lebih kerap memeluk isteri. Bacalah di sini.


Tiada ulasan: