Radio Internet FuhYooFm

Isnin, Oktober 12, 2009

AISHAH IBRAHIM GEMBIRA DAPAT MELANCONG PERCUMA KE CAMBODIA

.
Puan Aishah Ibrahim, ahli berdaftar Kelab Warga Emas Masjid Jamek Bandar Baru Uda begitu gembira apabila berjaya menjawab soalan-soalan kuiz yang melayakkannya mengikuti rombongan Kelab melancong ke Cambodia secara percuma.

Rombongan yang dijangka berada di negara tersebut dari 17 hingga 21 Disember ini berpeluang melihat kesan peperangan yang hampir melenyapkan rakyat khususnya umat Islam berbangsa Melayu Champa.

Ketika melahirkan kegembiraannya, Puan Aishah menyatakan tidak terduga akan mendapat peluang seperti ini walaupun sebelumnya banyak ahli-ahli kelab yang hampir berjaya menjawab soalan.

Setiausaha Kelab Warga Emas MJBBU, Haji Salam Safar menyatakan bahawa tawaran melancong ke Cambodia yang bernilai RM1,800 ini adalah untuk menggalakkan lebih ramai penduduk di Bandar Baru Uda yang berumur melebihi 60 tahun untuk mendaftar dan menjadi ahli kelab.

Mereka yang berminat boleh mendapatkan borang keahlian di pejabat MJBBU dengan menyertakan yuran keahlian RM10 untuk sepanjang hayat.


Puan Aishah Ibrahim

Puan Aishah bersama Datuk Shahrir Samad
dan Haji Salam Safar


Tiada ulasan: