Mungkin ramai tidak mengetahui Datuk Shahrir Samad begitu prihatin kepada pesakit dialisis. Ini dapat dikesan apabila beliau yang begitu sebuk sebagai wakil rakyat dan pernah menjadi menteri masih sanggup menjadi Pengerusi Pusat Kesihatan dan Dialisis Masjid Jamek Bandar Baru Uda.
Sebagai Pengerusi organisasi yang tidak bermotifkan keuntungan ini, beliau masih dapat meluangkan masa bagi memastikan pesakit yang kebanyakannya dari golongan berpendapatan rendah dapat menerima rawatan yang wajar dan setanding dengan pusat dialisis hospital kerajaan maupun yang dikendalikan oleh pihak swasta.
Untuk tujuan itu, pusat dialisis ini yang mempunyai 16 mesin dan merawat 61 orang pesakit akan dipastikan diterima baik oleh pesakit.
Selain memberi perkhidmatan terbaik, YB Datuk Shahrir berharap kakitangan pusat dialisis dapat berintraksi dan memberi layanan dengan ramah dan baik sehingga pesakit akan menganggap pusat dialisis ini sebagai rumah kedua mereka.
Gambar-gambar di bawah menunjukkan Datuk Shahrir Samad bermesra dengan pesakit penerima rawatan dialisis (PERADIA) di Pusat Dialisis dan Kesihatan (PDK) Masjid Jamek Bandar Baru Uda semasa majlis sambutan Hari Raya baru-baru ini.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan